Merasa duit Google Adsense dari blogging | Di masa ekonomi tak berapa menentu ni setiap orang kene wat lebih dari 1 kerja. At least dapat juga menambah pendapatan dan beli keperluan harian.
Jadi nak bagitau, dari suka-suka duk menulis blog ni memang tak mustahil nak jana side income. Dulu suka-suka je menulis, macam tulis diari, ini kali cuba untuk lebih konsisten nak update blog dengan topik yang bermanfaat dan yang berguna untuk mereka yang lain. Hmm sangat bersemangat hari ni sebab nak cuti besok kan hihihih.
Nak cerita tentang pengiklanan dengan Google Adsense (GA). Tahun 2013 saya pernah apply tapi ditolak mentah-mentah sebab GA hanya diterima untuk blog berbahasa inggeris sahaja. Oklah sentap tau, sampai hati dia tolak permohonan kita. Ok fine!! Jangan putus asa banyak lagi cara nak jana income dari blog. Contohnya iklan dengan Nuffnang, affiliates, Nuffnang, affiliates emmm 2 tu je saya tau bahahahahaaha!!! Cakap berapi macam hebat sangat ko kan!!!
Oklah awal tahun 2015, Google Adsense punya baik hati, dia buka peluang untuk beriklan dengan blog berbahasa melayu. Tanpa ragu dan buang masa kita pun apply. Ya Ampun, syukur blog kita diterima!!!! Ingat lagi, saya mula letak kod iklan GA di blog bulan 4, 2015. Dan ikut purata pendapatan GA hanyalah USD10 sebulan, dan MINIMUM CASHOUT adalah USD100. Hahahah 10 bulan lagi kot Jemahh nak merasanya!!!
Takpe, permohonan dah diterima, kod iklan dah pasang, income dah nampak. Sekarang usaha untuk naikkan income, tulislah cerita bermanfaat di blog ko kan. Sejak akhir-akhir ni nampaknya ramai pembaca singgah di blog saya. Tq semua, sapa tu? sapa tu? Tq sudi singgah ya, kalau rajin tinggalkanlah komen. Kalau korang malas, klik entri dan baca pastu klik button share. Tak rajin jugak?? Sukati korangla hihihi.
Nampaknya dari April 2015 sehingga Disember 2015, blog ini telah mencapai tahap minimum untuk cashout income GA. Mampu jugak Jemah melakukannya, Tak sangka tau!!! ย Harap-harap boleh jana income dan kita boleh jadi fulltime housewife. Boleh tengok anak membesar depan mata dan uruskan rumahtangga. Memang idaman semua orang kan.
Inilah kali pertama saya cashout duit GA ni. Bila dah cukup minimum cashout 100USD, pada setiap 22haribulan diorang akan tansfer duit tu terus ke akaun korang, tak payah nak klik mana-mana button pun. Kalau diorang dah transfer diorang akan maklumkan melalui emel. Saya transfer terus ke akaun maybank personal. Memang kat situ saya simpan duit hasil blogging ;). Korang boleh baca cara nak transfer duit dari GA ni terus ke akaun bank korang di blog bro HasrulHassan ni ya. Saya memang tahap malas sangat nak buat tutorial semua tu. Oklah bolehla belanja bebudak dan bapak budak ni, yiiiii!!!!!
tahniah…best adsense sbb dlm USD…kita dlu2 husband pernh la dpt
Tahniah. Saya pun baru nak merasa.. tapi kena tunggu berbulan2. Sabar itu separuh dari iman.. hehe
Tahniah..syok tengok earning rakan2..:)
Bestnya. Tahniah aju. Kita nya tak lepas lagi. Kene reject. ๐
Tahniah. Lepas ni makin happy le beradsense, hehe ๐
tak lama lagi leh la merasa duit adsense nih kann
wah…bestnya… blog zie baru je dpt ga ni. lama lg nak merasa hasil… sabar… btw..tahniah…
tahniah..teruskan usaha anda, saya juga masih belajar tentang ..paling banyak pun USD80 sebulan..itu pun masa rajin nak update dan promosi.
teruskan usaha. insyaAllah, nanti boleh cashout setiap bulan. dan tak mustahil boleh terus dijadikan main income ๐
saya baru apply, harap2 berjaya macam puan juga
Tahniah! Hebat.
Sabar dan steady, pasti memberikan hasil..
Kawan saya baru je tunjukkan earninnya RM6,000 tapi beliau tunggu berbulan dan bertaun…sabar pasti berjaya
alhamdulillah okay la tu sis…nanti kalau orang tanya ko tulis blog buat pe?bebel kosong je ke?boleh r jawab..boleh dapat duit pe dari blog ni..hehe
tahniah puan, kipidap!
tahniah…. sungguh menginspirasikan….