Bab makan memang semua orang pun suka kan. Kali ini destinasi kita adalah di Restoran Ayam Kampung Velodrom, Cheras. Semua orang pun tahu restoran ni kan? Jadi tak perlulah saya perkenalkan lagi tempat ni.
Berjalan seharian memang menyeronokkan. Apatah lagi menikmati makanan di restoran yang jarang kami dikunjungi, rasanya dalam setahun tu boleh kira dengan jari kekerapan kami makan di sini sekeluarga :). Lagipun jauh dari rumah kan, memang tak selalu la singgah sini.
Sebelum makan, pekena gambar sekeping 2 dulu. Alhamdulillah boleh dibawa berjalan dan sangat behave kalau kami sedang makan. Itulah dia baby Dzar. Syukurlah begitu, senang nak buat aktiviti seisi keluarga.
Janji suap sikit kat dia sama, memang baik, behave sekejap ;). Kekadang ada masanya meragam juga tapi pepandailah nak memujuk kan, bukanlah setiap masa baik aje, ada masa nangis juga, begitulah bayi kan ;).
Menu kali ini sudah tentulah ayam kampung goreng, gulai kawah, daging goreng, ulaman dan sambal belacan. Air pulak, soursop juice, air kelapa dan sky juice ;). Alhamdulillah sedapnya!!! Puas hati dapat makan macam ni. Biar jauh namun berbaloi kata worang kan ;). Ok kita zoom sikit menuntu satu persatu. Sebelum tu lap sikit ailio korang yang menitik tu, hehehhe.
Memang terbaik rasanya, anak-anak memang berselera makan kalau ada ayam ni, nak pula ayam goreng. Semua menu pun sedap kecuali daging goreng tu yang sedikit masin rasanya. Saya ni memang tak kuat masin, kalau masak tu rasanya dah letak garam secukup rasa tapi diorang still kata tawar. Hmmm tak suka masin ;).
Tapi bila dah bercampur dengan nasi, memang kurang rasa masinnya, oklah tu complement each other ;). Kami ni order nasi 4 pinggan je walaupun yang makan tu 5 orang. Cukup aje untuk kami berlima, dan macam tu juga air.
Saya biasanya order air suam je, sebabnya bebudak ni selalu je tak abis air diorang ni. Ibu abah jugalah yang mengabiskannya. Macam manalah nak kuruskan kalau gitu gayanya, yelah daripada terbuang, membazir, baiklah order ngam-ngam aje dan biar makannya berebut-rebut, baru seronok ;).
Kami makan di khemah belakang lot Restoran Ayam Kampung. Rasa macam makan kat majlis kenduri kahwin pulak. Angin sepoi-sepoi bahasa dan nyaman rasanya. Tempatnya memang luas dan sesuai untuk anak ramai macam kami ni.
Adam apa lagi, suka sangat mengejar cik kucing dan sebab tulah si adam tiada dalam gambar pun :). Seronok kan, sambil makan sambil berlari-lari, hmm anak lelaki macam tulah gayanya.
Oklah kepada yang nak berkunjung ke restoran ni bolehla ke alamat tertera berikut ya :-
Lprrr tgk smua menu..dh la xsihat tgk gmbr makanan smua terliurrr
Sedap nih. Dah lama tak makan kat sini.
waa..susah nak cari ayam kampung sekarang ni..kebanyakkan ayam suntik je..aih..kalau dapat ni mesti sedap..rasa dia lain dari yang lain