Selamat hari lahir Adam. Besar dah anak bujang ibu.
Dah 6 tahun pun.
Alhamdulillah 6 tahun lepas, bertarikh 14.2.2010 jam 11:30 pagi, lahirlah anak lelaki pertama keluarga kecil kami. Dilahirkan secara normal dan sangat mudah dijaga dan baik perangainya. Dilahirkan dengan berat 3.58kg, wow!!! sangat susah rasanya nak meneran waktu tu. Teran kali ke 3 dengan nafas panjang, Alhamdulillah tak terkata sakit tu rasanya ;), kenangan manis, biasalah pompuan walau sakit beranak tu tak terperi, mau juga beranak reramai kan hahaha!!
Setelah kami dikurniakan 2 orang puteri, Allah anugerahkan kami dengan putera yang pertama. Waktu tu saya fikir bayi lelaki mesti kuat menyusu kan, tapi syukur menyusu masih ditahap terkawal dan sepenuhnya dengan susu ibu selama 1 tahun 3 bulan sahaja. Selepas tu campur dengan susu formula dan menyusu badan selepas ibu pulang kerja sehinggalah umurnya 2 tahun.
Nak bercerai susu badan adalah saat paling sayu kan para ibu?? Sekian lama berkepit dengan kita, tidur beralaskan lengan, cium ketiak kita, tiba masa untuk bercerai susu. Seminggu jugalah Adam tidur malam tak keruan. Bila terjaga malam dan nak susu, saya suakan botol susu, ditolaknya dengan tangisan. Apakan daya, ibu dukung Adam di bahu dan pujuk Adam sehinggalah dia tidur semula.
Adegan tu berterusan seminggu lamanya dan selepas tu Adam boleh menerima dan menyesuaikan diri tanpa nenen ibu. Tapi manja sangat Adam ni. Saya pun masih dukung dia sehinggalah umurnya 4 tahun. Dan lepas tu Adam sendiri dah tak lagi manja macam masa kecilnya. Saya pula yang kekadang masih peluk cium dan dukung sesekala. Hmm rindu benar nak gomol baby.
Perkembangan Adam sekarang. Dah boleh pergi toilet sendiri, cuci dan bersihkan diri selepas buang air. Pandai gosok gigi tapi dengan arahan pihak berkuasa hahaha. Boleh solat berjemaah dengan abah di surau dekat rumah ni. Dah pandai membaca, mengaji dan raaaajin buat homework yang diberi cikgunya setiap hari. Sampai aje rumah terus buka buku dan siapkan homework TANPA DISURUH. Well done my son!!!
Buat Adam, jadilah anak yang baik, semoga Adam panjang umur, menjadi insan berguna dan berjaya dunia akhirat. Berjaya membimbing insan di sekeliling mu, dan semoga Adam sentiasa dilimpahi rahmat Allah dan ingat kami sentiasa. We love you ADAM!!!
happy birthday adam…smoga jd ank yg soleh
dah besaq dah adam ye.
hoho..
makin cepat budak-budak ni besaq.
Rajin Adam buat homework ya?
Selamat Hari Lahir Adam
happy birthday adam
selamat hari lahir..moga membesar menjadi anak yang soleh dan taat ibu bapa
syukur smoga jadi anak yang baik tau heeee