Kalau yang sudah sedia maklum, suami saya ni memang suka aktiviti riadah sekeluarga. Bawa anak-anak ke taman, padang dan buat aktiviti bersama-sama. Memang sejak lahiriah lagi, wah ayat ko, hehehe. Sejak dulu lagi, memang itulah caranya nak eratkan hubungan kami anak-beranak dan cara nak dekatkan anak-anak dengan ibu abah yang sibuk bekerja keluar pepagi dan balik hampir nak malam dah.
Aktiviti kami hujung minggu lepas adalah beriadah santai di Taman Fantasi, Putrajaya. Tak pernah tahu pun ada taman secantik ini, kebiasaannya di sinilah event Floria diadakan. Suami saya memang tau pelusuk Putrajaya ni sebab dia memang banyak berurusan dengan pejabat kerajaan di sini.
Sebelum pergi tu dah bagitau awal-awal aktiviti kami ni. Barulah semangat diorang nak kemas rumah, buat homework, iron baju, basuh kasut hmm senang keje ibu korang hahaha. Biasalah anak-anak memang dah tak sabar nak main basikal, kasut roda dan badminton. Sangat teruja nak bawa basikal sume tu. Kesian sebab hari sekolah dari pagi ke petang duduk di transit dan sekolah. Hari minggulah hari nak huha huha dengan gembiranya.
Adam dapat basikal memang jauhla perginya. Dah berani pusing tanpa ditemani kami ni. Tapi still nampak ke mana perginya tu. Nampak tak dah pandainya nak berdikari tu? Dah besar semuanya kan, memasing dah tau nak buat aktiviti sendirian. Dapat pula tempat yang luas macam tu, memang sakanlah diorang berkayuh ke sana kemari.
Dzar sangat baik dan tenang dalam strollernya. Syukurla tenang kan, dapatla ibu dia naik beskal, main badminton dengan abah. Petang itu kami dapat beriadah dengan gaya fantasi gitu, diiringi hujan renyai-renyai dan begitu menyeronokkan sekali. Bebudaklah specially kan, sampai taknak balik dah kekdahnya. Nanti Dzar besar bolehla join kami sekali ya. Buat masa ni lek lu dalam stroller tu ;). Bagi chance ibu nak posing jap hahaha.
By the way, suka betul blouse labuh dari butik RayyanHaya ni, sangat best material kain dia, dan paling suka sebab tak perlu IRON!! Aku tau korang pun malas kan?? Pergilah cari kat IG diorang ya, saya beli dengan personal shopper sebab kat website adalah selalu Sold Out. Mencik sangat!!! Lagi satu effect kurus ketara kat situ, yeay!! dapat tipu korang kengkonon dah kurus kan?? Lagi satu, nak bergambar silalah silang kaki macam tu, pun boleh nampak kurus gak hahahah, oklah selamat mencuba, tetiba??!!! kekekekeke
Tak pernah sampai sini la…macam best je…
anak-anak seronoklah dapat beriada kat sini kan… yup, nanti kita posing silang kaki kasi nampak kurus.
tu dia.
rajin bersenam kat taman fantasi ni ye.
lama tak pegi sini.
macam menarik je tempat ni, kena terjahlah juga satu hari nanti
Ada taman fantasi ke rupanya ingat ada taman botani je., hehe. mggu lepas baru pergi taman botani
Tak pernah lagi jejak kaki ke sini.
Nanti boleh try pergi. Dah lama tak ke putrajaya sejak kahwin
boleh berfantasi sekali…..
wah sungguh fantasi nampak mereka sekeluarga..
kadang rajin gak ikut si dia ke sana urusan imgresen kalu tahu ti boleh lepak sana
Wah menariknya..tak pernah lagi sampai kat sini..inshaAllah nak bawa anak2 mesti best..
best putrajaya ni, ada macam-macam tempat best.nampak je bila masuk tu kosong je, nampak bangunan je..tapi rupa2nya banyak port2 menarik.
cantiknya taman kat situ, pasti kanak-kanak happy kalau bermain kat situ.
Tak tahu pulak ada taman fantasi kat putrajaya tu. Ok, boleh masuk dalam list 🙂