Pengalaman Slipped Disc seksanya sakit belakang.
Ingat lagi entri sakit belakang aritu? Selepas menahan sakit teramat sangat. Jalan pun menyenget dan saya pun dirujuk oleh doctor klinik swasta supaya berjumpa dengan pakar ortopedik.
Dr. Mahamud (Pakar Tulang di Hospital DEMC, Shah Alam) meneliti keputusan x-ray saya. Dan dia minta supaya saya menjalani ujian MRI untuk melihat dengan lebih terperinci. Berderau darah saya, sebelum ni duk tengok dalam TV je, tak sangka berlaku kat diri sendiri pulak.
Refer ke Avisena Hospital Shah Alam
Segalanya berlaku dengan pantas, sup sap sup sap dalam hari yang sama, tak perlu tunggu next appointment, itulah kelebihan khidmat swasta berbanding hospital kerajaan yang sememangnya perlu menunggu untuk satu-satu rawatan. Syukur juga dengan adanya khidmat PMCare dari pihak syarikat saya bekerja ni, dapat jugalah merasa pergi hospital swasta. Bersyukur sangat-sangat.
Suami setia menemani saya, syukur juga ada suami sebab saya segan nak jumpa doctor lelaki, katanya kat sini pakar ortepedik semuanya lelaki, Dr. Chang Kok Chun, Dr. Khaizatul Ezam Abu Bakar dan Dr Mohd Mahamud Musman.
Dr Mahamud, Pakar Orthopedik
Memula request juga dr. perempuan tapi dah takde, kemudian suami pilih dr. mahamud, saya tanya kenapa pilih dr Mahamud sebab yelah kami tak pernah berjumpa, kenal jauh sekali :). Suami kata Mahamud tu klasik namanya mesti orangnya banyak pengalaman, krik…krik…krik…. apa-apa jelah bang, janji saya segera sembuh :).
Setelah menjalani ujian MRI, Dr. Mahamud bagitau yang saya slip disc tulang L4, L5 dan S1. Saya malas nak terang kat sini, anda bolehla google di internet. Yang pasti saya sedih sebab tulang temulang saya tua sebelum usianya dan kalau saya dah sihat pun kebarangkalian untuk sakit tu adalah tinggi dan ianya akan berulang-ulang.
Slipped disc L4, L5, S1
Saya terus terbayang, kalau saya sakit suami cari lain tak? Hmmm terus bergenang airmata sebab sebak mengenangkan menjalani hari tua sendirian. Nauuzubillah…Yang pasti saya nak hidup gembira, happy-happy dengan mak, adik beradik, anak-anak, suami, ipar duai, saudara mara.
Slipped disc secara ringkas bermaksud tulang belakang yang “teralih” atau “mengelongsor dari kedudukan asal. Ini disebabkab oleh gel antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan telah bocor seterusnya mengakibatkan alihan. Apabila ini terjadi, tulang akan menekan pula saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher. Struktur tulang belakang manusia, terdapat ‘jelly-like structure’ yang dipanggil ‘disc’.
Disc ini bertindak sebagai pelindung atau kusyen pad di antara tulang-tulang di bahagian tulang belakang. Slip Disc terjadi apabila disc yang menjadi kusyen antara tulang-tulang ini membengkak atau membenjol atau tersasar dari keadaan asalnya.
Disc yang membengkak ini akan menekan urat-urat saraf berhampiran. Kebiasaanya kesan slip disc akan mengakibatkan kebas-kebas dan sakit yang tidak terhingga dibahagian pinggul seterusnya ke kaki dan ke bawah.
Rawatan Fisioterapi
Saya nak fikir positif je, kalau saya sakit, ada orang lain yang lebih sakit dan menderita daripada saya. Jadi buat masa sekarang ni saya sedang menjalani rawatan fisioterapi di DEMC.
Sekarang ni kalau pergi fisio, memula sekali saya meniarap di katil, diorang letak icepack di tempat yang sakit. Next fisio letak hot pack pula, kemudian ultrasound. Dan saya diajar beberapa gerakan senaman khas untuk bahagian belakang ni.
Senaman tu pun boleh dilakukan di rumah. Biasanya dinasihatkan selepas bangun tidur dan sebelum bangkit dari katil, perlu senaman regangan dulu, nak bangun pula saya kene mengiring dan baru bangun.
Juga dinasihatkan jangan sesekali mengangkat benda berat, jaga postur nak duduk, jangan berdiri terlalu lama, dan bila saya berjalan lama-lama pun akan terasa sakit di bahagian belakang ni. Owh macamana nak shopping ni :).
Itulah dia pengalaman slipped disc, seksanya rasa.
Ooh…kasihannya Aju. Sabar ye bnyk2 dan jgn fikir yg bukan. Ikut semua treatment yg doc dh atur..insyaallah mg cpt sembuh
siannya aju…semoga cepat sembuh
hai.nk tny.u xray biasa dulu ke before buat mri?
kalau ikut pengalaman saya memang xray dulu kemudian mri
Macam mana aju skrg?
ada masanya sakit belakang sekali sekala, yang penting kene buat senaman fisio juga sendiri di rumah
Assaalam….nak share sikit tanya pengalaman…selepas disahkan ada masaalah L4 dan L5 dan selepas membuat fiso…boleh buat kerja berat2 tak
Waalaikumusalam, saya memang dah tak angkat benda berat2, dukung anak pun saya elakkan. Buat senaman fisio tu juga sebab kadang2 tidur di tilam yang tak sesuai pun buat sakit belakang juga