Aktiviti mendaki Hutan Lipur Gunung Nuang | Memangla orang lelaki suka anak lelaki, sebab lelaki sahaja yang boleh ngam dengan hobi, minat mereka kaum sejenis ni. Bukanlah kata tak boleh ngam dengan anak perempuan, yang saya tengok anak perempuan saya tu bila dah besar agak segan dan pemalu dengan ayahnya. Yelah sedang mengalami fasa keperempuanan kan, jadi lebih menjurus ke arah lemah lembut dan ayu mempersona.
Adam Haikal memang suka membontoti ke mana sahaja arah abahnya. Baik ke bilik air, makan, ke surau, potong rambut kat kedai india, naik motor, minat motor dan ke kedai sudah pastilah, balik tu mesti kerjanya mengepow abahnyalah, as usual, anak-anak memang begitu kan. Terkini, abahnya memang suka mengajak Adam memanjat bukit, aktiviti rakan surau kat rumah kami ni.
Sebelum ni diorang memanjat bukit Gasing, area PJ. Itu tahun lepas, 2015 punya cerita. Tahun ni, diorang adakan aktiviti mendaki Hutan Lipur Gunung Nuang pulak. Wahh memang aktif surau tempat kami ni, memang hidup dengan aktiviti rakan usrah, baik ceramah, solat jemaah setiap waktu mahupun aktiviti riadah sebegini, seronok saya mendengarnya ;).
Adam pulak lagi seronok bila abahnya mengajak dia join aktiviti mendaki Hutan Lipur Gunung Nuang tu. Nak pulak abah kata boleh mandi sungai kat sana, emmphhh lagilah melompat si Adam kegembiraan. Seawal jam 5.00 pagi, hari Ahad, diorang berdua ni dah keluar rumah dan solat berjemaah dengan rakan usrah. Sebelum memulakan ekspedisi mendaki, haruslah isi perut dulu kan. Tengok si Adam sungguh taksub dan khusyuk tengok pakcik tu tebar roti canai, haii lapar ke Adam? hahahaha.
Sepanjang mendaki, Adam merengek nak berdukung abahnya. Bayangkan berjalan kaki 3 jam dan bila penat berehat sekejap. 3 jam jugalah Adam menyeret kaki kepenatan, tapi abahnya kata, sikit lagi Adam lepas ni nak sampai dah, nak mandi sungai tak? Hah time tu semangat datang semula, takdelah nak seret kaki sangat berjalan hahaha.
Akhirnya dah sampai sungai, apalagi terjun tirukla si Adam. Dapat berendam dengan kawannya yang berumur 11 tahun, dan Adam adalah peserta yang paling muda ;). Alahai seronok ya dapat berehat selepas lama berjalan. Hmm dapat bayangkan kepenatan mendaki gunung tu. Aduyaiii gigih diorang ni kan. Sampai kat atas sana kengkawan suami siap masak bawa periuk bagai. Salah satu menunya adalah maggi, korang nak tau apa Adam kata waktu uncle tu pelawa Adam makan? “Adam tak makan maggi, sebab maggi ada LILIN”, Allah malunya muka ibu hehehhe, saya pula terasa segan kat situ walau tak bersama dengan diorang kakakakkaka.
Diorang ni berehat lama juga kat tepi sungai tu, on the way turun, Adam dah tak larat lagi nak berjalan. Tau ajelah dah penat mendaki, mandi, makan makanya mengantuk sakanlah si Adam. Aksi menyeret kaki berlaku lagi, tapi kali ni suami mengalah, dukung si Adam dari atas sampailah kekaki gunung. Syok ke main si Adam tidur belakang abah dia kekeke. Sampai rumah jam 10 malam sebab diorang ni singgah solat dan makan malam dulu. Alahai rindu ibu kat Adam, seharian tak jumpa, sampai rumah still sambung tidur sampai keesokan paginya. Alololo penat ye sayang, pengalaman yang manis buatnya :), teringin nak mendaki tapi tunggu si montel ni besar dulu :).
dah lama juga tak mendaki nih rasanya.
hoho
seronoknya tgk familir bersama-sama buat aktiviti, x sabar plak nak anak besar.
Teringin juga nak mendaki dengan anak-anak ni, tapi mesti aksi merengek suruh dukung tu ada juga