Hi semua!!
Lama dah tak cerita bab jenjalan kan. Rindu nak berjalan sebab asal weekend je ada je aktiviti di rumah dan memang tak dapat nak makan anginlah ;). Kali ni saya ajak suami nak hirup udara luar KL. Suami bagi pilihan antara Genting Highland atau Bukit Fraser. And saya juga anak-anak pilih Bukit Fraser!!! Diorang tak pernah sampai sana. Memang kami tak pernah bawa anak-anak datang sini sebab kalau fikir kat sini tak banyak tempat yang boleh dilawati.
Tapi bila memikirkan ianya dekat berbanding Cameron Highland, jadi kita on je. Saya malas nak gi Genting sebab bercinta nak naik cable car, malas nak beratur menunggu dengan askar saya yang ramai ni. Lagipun feel dia lain kot kalau sebut Genting Highland which is banyak cas negatif dari postif ;).
Oklah jam 12 lebih memulakan perjalanan ke Bukit Fraser dan tiba di sana lebih kurang jam 1:40 petang. Dan terus solat jamak di Masjid Bukit Fraser. Uishh sejuk jugak ya kat sini. Tapi takla sesejuk waktu kami pertama kali datang sini masa honeymoon dulu. Mak aih dah 11 tahun berlalu baru datang sini lagi, dulu berdua sekarang berenam, wow ramai kan keluarga aii hehehe.
Bila dah sampai sini, mulalah mencari tempat mana yang diorang selalu kunjungi. Makcik kedai makan tu kata, kat situ yang selalu orang pergi kat tasik, bagi ikan makan, naik bot lepas tu pergi air terjun. Tak banyak tempat sebab yang datang sini nak relax, chill. Kat sini pun ada aktiviti rekreasi, panjat gunung, jungle tracking tapi memang takla nak buat aktiviti tu dengan bebudak ni kan. Mau mengesot berjalannya nanti, bukan merangkak dah kan.
Inilah tasik yang dimaksudkan. Seronok gak mengayuh nak bot ni tapi kalau dah namanya mendukung baby takdela saya nak ambil risiko mengayuh sama. Bebudak tu teringin nak naik tapi satu bot dua worang je boleh naik pun, aduyaii mampu tengok jela kan hahaha, sudahnya bagi ikan makan jela, sampai 6 paket dibelinya bebudak ni, singgit je satu peket tu rege dia tu yang berulang bagi ikan tu makan. Yang si ikan tu pun tak reti kenyang, walaupun saya tengok ramai je orang bagi ikan tu makan tapi masih lagi menggelupur berebut makanan, sian korang weekend jela happening cenggini ye dak. ;).
Seronok melihat tumbuhan dan bunga-bungaan segar pelbagai warna, subhanallah. Indahnya ciptaan Allah kan. Itulah dia aktiviti kami beberapa jam kat atas ni. Seronok jenjalan walau cuma sebentar. Tq suami sebab bawak kami makan angin, seronok sangat dapat spent quality time together!!! Kami memang decide balik hari je sebab plan last minit kan, jadinya takdelah nak tido kat Fraser Hill ni. Syukurla laki kita nak melayan kehendak bini dan anak-anaknya kan. Dapat jenjalan, makan itupun dah cukup seronok ;).
Kalau 11 tahun dulu hanya satu jalan sahaja digunakan untuk naik dan turun dari bukit fraser tapi sekarang ni dah ada dua jalan berbeza untuk naik dan turun. Oklah tu takdelah nak menunggu lama kan. Jalan dia pun boleh tahan pusing-pusing juga, muntahla juga si kecik ni. Nasib baik wangi bau muntahnya kalau tak pening juga nak menahan sampai KL nun ;).
Terasa macam nak pergi pulak weekend ni. Tapi cuti sekolah tak tau la sesak ke tak nanti.
Nak pergi juga la bila tengok Aju review bukit fraser ni…
aida lom pernah sampai frasers hill ni.
in shaa Allah one day.
pehh..
rajin bawa berjalan nih.
kalau ada budak-budak, memang ada semangat la nak berjalan.
pernah pegi sekali je..sunyi sepi je sini
lama sangat dah tak datang bukit fraser
dah lama juga tak pegi bukit fraser.
dulu komboi dengan motor aje.
isteri dah pergi bukit fraser kerana kursus yang dianjurkan pihak majikan..
saya belum lagi…