Foundation Sendayu Tinggi yang best | Saje saya nak share dengan korang, sebab puas hati sangat dengan hasilnya. Sebelum ni saya guna make up jenama Elianto dan Farmasi. Tapi bila tengok hasil make up Sendayu Tinggi di IG pengasasnya, terus niat nak cuba.
Make up biasa-biasa je
Saya ni kalau make up just pakai foundation, compact powder dan lipstik je, yang lain tu tak berapa pandai lagi nak pakainya. Lagipun setakat ni tu je step yang cepat nak buat, almaklumlah anak kecik :). emmm alasan :).
Sekarang ni sangat mudah, kalau tak pergi ke outlet pun boleh beli online kan. Nak tau warna sesuai ke tak? Tengok je kat product details tu, dan dengan instinct yang ada, rasanya warna ni sesuai kot dengan kulit muka aku, jadi belasah aje.
Syukurla sesuai kan? Kalau tak, terpaksalah bagi hadiah kat kengkawan :). Kata orang saat gembira harus dikongsi bersama, dan ingatlah dalam setiap rezeki yang kita perolehi ada terselitnya rezeki mereka yang lain, wahh ustazah gitteww!!!
Hasil shopping online Sendayu Tinggi
Jadi 3/4 bulan lepas inilah rembatan pertama dari Sendayu Tinggi, waktu tu diorang ada wat year end sales. YES semua orang suka, time tu rasa macam murah giler harga semua benda, murahnya..eii eiii murahnya, sila baca dengan nada teruja ya…kikikiki…
Jadi untuk tidak menghampakan diri sendiri, inilah yang saya beli. Wooww first time kot pakai berus tu, selama ni pakai sponge biasa tu aje. Reward untuk diri sendiri, perlukan motivasi? Nah inilah salah satu tips ye puan-puan.
Banyak jeragat di muka
Masalah muka ni banyak betul dengan jeragat. Saya gunakan foundation sendayu tinggi ni untuk tutup semua cela di muka. Dan yang best nya foundation ni mampu untuk cover semua yang ada di muka.
Tak perlu make up yang tebal pun, letakkan foundation. Ratakan dan tepek bedak, settle!!
Step make up simple saya.
- Pakai Doll Foundation Sendayu Tinggi. Best giler foundation ni, menutup segala apa di muka, termasuklah jeragat yang nampak kusam dan berbintik hitam di wajahku. Sebelum ni saya pakai concealer, nah sekarang tak perlu dah, tepek aje Doll foundation ni siap.
- Sapu High Definition Studio Foundation Powder. Ini pun best, macam sapuan powder dan blusher. Kiranya kalau pakai ni terus nampak muka flawless giler.
- Akhir sekali pakai lipstick. Nah lengkaplah sudah step make up simple, bolehla ke kerja, ke kenduri mahupun ke mana-mana pun korang suka :).
Dan inilah stok untuk 2016 ni, puashati dapat beli set berus, compact HD foundation powder dan Doll Foundation. Dah!! lepas dah dapat ni boleh duk dendiam takyah shopping make up lagi dah ;). Anda pasti dengan kenyataan ini? Hihihi…eh nak tau harga ke? kalau taknak tau saya tetap nak bagitau juga kakakkaka.
Doll Skin Foundation : RM38.00
High Definition Studio Foundation Powder : RM45.00
Set Berus : RM65.00
Kalau nak tau lebih lanjut boleh ke website diorang ya http://www.sendayutinggi.com
Semoga hari-hari mendatang lebih bersemangat dan kuat berusaha ya ju ;), tepukan untuk diri sendiri clap!! clap!!! clap!!!
Sendayu tinggi ni memang bertahan lama kan? dulu femes dengan jamu ja, tapi dia dah pelbagai dengan make up pula
wa..baru tahu sendayu tinggi pun ada make up..ingatkan produk-produk mcm jamu tu jer