Memilih Rumah Pertama | Sudah pastinya jika kita hendak membeli hartanah contohnya seperti pembelian sebuah rumah sudah pasti banyak yang aspek perlu difikirkan dan menggabungkan proses pembelian yang kompleks, intipati asas dalam memilih tawaran yang sempurna untuk anda hanya bergantung kepada beberapa soalan. Soalan yang paling penting adalah
apakah jenis rumah yang harus anda dapatkan pada mulanya?
Untuk memilih rumah pertama anda, anda harus melihat kepada keluarga anda, pendapatan anda, dan masa depan anda yang terdekat – dan dengan beberapa soalan asas, beberapa petunjuk utama, dan beberapa tips berguna, anda akan mampu mengharungi bukan sahaja proses dalam memilih salah satu antara tiga, tapi memilih satu-satunya rumah sebenar yang akan anda duduki.
Memahami Perbezaan
Pertama sekali, adalah penting untuk sebenarnya membezakan antara sebuah kondominium, sebuah rumah bandar (townhouse) dan sebuah rumah. Walaupun perbezaannya agak ketara, terdapat beberapa perkara yang tersirat – terutamanya dalam hal pemilikan.
Contohnya – walaupun anda tahu perbezaan antara sebuah rumah dan sebuah kondo, apakah perbezaannya antara memiliki sebuah kondo dan menyewa sebuah apartmen, selain daripada bayaran sekaligus yang lebih banyak daripada ansuran bulanan atas pajakan? Atau bagaimanakah rumah dan rumah bandar ini sebenarnya berbeza?
-
Kondo
Sebagai permulaan, mari kita lihat pada kondominium. Kondominium bermula sebagai trend di Eropah dan Amerika Utara pada abad ke-19, dengan kondo Amerika yang pertama dibina di Manhattan, menurut Condopedia. Ia ditakrifkan sebagai harta besar yang dimiliki oleh komuniti. Setiap unit sebuah kondominium dimiliki oleh seorang pemilik tunggal, dan diberi pilihan untuk menyewa kepada seorang penyewa (atau beberapa penyewa), tapi setiap pemilik juga berkongsi kos dan liabiliti bagi peratusan daripada ruang umum bangunan tersebut – yang merangkumi kemudahannya, pintu masuk, lif, dan sebagainya.
Sebaik saja anda melihat pada perkara itu, anda semakin menghampiri kos sebenar. Walaupun anda perlu membayar yuran tunggal untuk membeli sebuah kondo, anda juga akan berdepan dengan yuran kondominium secara bulanan.
Ini menggantikan apa yang anda biasanya bayar pada setiap bulan untuk penjagaan sebuah rumah. Daripada ke sana-sini di sekeliling bangunan 20 tingkat ini dengan baldi dan mop, yuran bulanan anda dibawa terus pada penyelenggaraan tetap dan penjagaan untuk keseluruhan bangunan, berserta yuran bulanan untuk setiap pemilik kondo di dalam bangunan.
Walau bagaimanapun, selain daripada kos untuk penyelenggaraan kawasan umum, anda juga akan membayar yuran bulanan taksiran khas, yang masuk ke dalam sebuah dana rizab kondominium dan digunakan dalam kes pembaikan yang serius – seperti paip pembetung yang pecah, atau sistem HVAC yang rosak.
-
Rumah
Apabila anda adalah pemilik sebuah rumah, tanggungjawab rumah adalah milik anda sepenuhnya. Jika anda membayar sebuah gadaian, kemungkinan pemberi pinjaman anda perlu membayar jumlah tertentu kepada sebuah syarikat insurans perumahan dengan pemberi pinjaman sebagai satu akaun escrow, supaya jika sesuatu kes berlaku dan anda tidak mampu meneruskan pembayaran gadai janji anda, insurans anda boleh menampung sebahagian kos yang ditanggung pemberi pinjaman.
Semestinya, ia juga disertakan dengan kos yang lebih besar – satu kos yang menyusut. Menurut indeks harga yang dihoskan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, rumah berkembar telah mengalami penurunan yang terbesar dalam harga berbanding jenis kediaman lain. Jika anda tahu di mana untuk mencarinya, seperti melalui direktori dalam talian seperti Property Guru, anda akan menemui beberapa rumah untuk dijual yang menarik.
Selain itu, cukai harta dan yuran penyelenggaraan – atau masa yang diambil untuk membersihkan dan mengemaskan rumah anda sendiri – semuanya perlu diambil kira apabila membuat keputusan dalam pembelian mengenai rumah untuk sebuah keluarga.
Anda bukan sahaja membeli empat dinding – anda juga membeli lot dan tanah, dan menjadikan semuanya milik anda. Manakala sebuah kondominium mungkin terbaik untuk pasangan muda atau pasangan yang lebih tua selepas anak-anak mereka berpindah, sebuah keluarga yang lebih besar dengan anak-pinak mungkin merasakan lebih baik menduduki sebuah rumah kerana kawasan dan ruang lantai yang lebih besar.
Townhouse Kediaman kejiranan
- Rumah Bandar (Town House)
Apabila anda tidak mampu untuk memiliki sebuah kondo, apatah lagi sebuah rumah, rumah bandar adalah satu alternatif terbaik. Cara baik untuk membayang sebuah rumah bandar adalah mengambil kondo dan rumah dan gabungkan kedua-duanya. Kompleks rumah bandar adalah masih sebuah projek komuniti, dengan kawasan umumnya yang tersendiri dan kos yang berkaitan, namun setiap rumah itu sendiri mempunyai seorang pemilik sebenar.
Setiap rumah mungkin didatangkan dengan anjung kecilnya sendiri, namun anda tidak akan mendapat begitu banyak kawasan laman, jika ada pun apa-apa di luar dinding rumah bandar. Untuk pasangan dan keluarga yang lebih kecil, ini sebenarnya berita terbaik.
Akhir sekali, kebanyakan keputusan datang daripada bajet anda dan saiz keluarga anda. Jika anda adalah pasangan, sebuah kondo mungkin kelihatan seperti satu pelaburan terbaik – namun pasangan muda sering menjadi keluarga kecil dengan cepat, dan seringkali nilainya semakin bertambah berbanding sesebuah rumah.
Oleh itu, anda boleh menjimatkan wang dengan menyewa sebuah kondo untuk jangka masa pendek, sebelum berpindah ke sebuah rumah milik anda sendiri. Atau, anda boleh abaikan kedua-duanya, dan membuat keputusan ke atas sebuah rumah bandar di kawasan kejiranan yang baik.
betul, untuk memilik jenis rumah yang macam mana, kita kena tengok kembali bajet kita.
sekarang dok kondo aje dulu.
tunggu masa yang sesuai, baru angkat rumah plak.
Sekarang ni duduk apartmen ja, bila rumah dah siap baru berpindah ke sana..semuanya ikut kemampuan masing2 dan kehendak masing2 kan?
Ekonomi sekarang susah nak tentukan mana satu yang perlu kita diami.
Tak kisah besar mana rumah kita tu, janji selesa untuk keluarga kita dan selamat didiami.