Emmm macamana nak mula cerita, sebenarnya sakit ni bermula 20 tahun lepas bila saya jatuh kerusi terduduk. Waktu tu calssmate lelaki tu nak bergurau kot, dia tarik kerusi dan saya terus jatuh terduduk, terkedu dan berair mata. Sejak dari kejadian tu saya menderita sakit pinggang. Dendam memang ada dalam hati tapi sampai bila nak menyumpah kat dia kan, saya maafkan dia, tapi moga dia didik keturunan dia jangan nak bergurau dengan cara macam tu dengan orang lain. Kasar tak bahasa? Sebab saya sakit hati dengan kononnya cara nak bergurau tu, #%£€#¥£.
Emm dipendekkan cerita, sakit belakang menyerang lagi. Sakitnya tuhan sahaja yang tahu. Dan selalunya jika sakit datang, dia akan pergi selepas 3 hari tanpa perlu “pain killer”. Sakit kali ini berpunca selepas saya angkat bakul kain, padahal itulah rutin harian kan, tapi entah macamana, orang kata dah nak kena kan, makanya selepas itu saya merana sakit belakang.
Nak solat sakit, duduk lama-lama sakit, nak bangun sakit, bila bangun badan tak boleh terus tegak, badan membongkok, jalan menyenget sambil mulut mengaduh sakit. Kalau tengok memang azab betul keadaan saya, malu digelakkan suami dan anak-anak, tapi diorang faham sebab sakit ni datang dan pergi. Jadi diorang dah tahu keadaan saya.
Saya memang bukan jenis yang makan ubat tahan sakit bila sakit, saya akan tahan selagi termampu. Tapi kali ini memang saya tak boleh nak tahan lagi. Memandu juga menyakitkan, bayangkan nak buat pusingan U pun menyakitkan pinggang dan belakang saya. Bila dah sampai di parking ofis, saya akan slowly gerakan kaki, badan ke depan dan kebelakang. Allahuakbar berair mata tahan sakit. Macamana nak bangun dari tempat duduk, keluar dari kereta dan berdiri??? Memang sakit. Macam dicucuk pisau rasanya belakang ni.
Makanya selepas perlahan-lahan berdiri, saya mula berjalan dan rupanya badan saya mula menyenget ke kiri. Saya selesa begitu padahal orang tengok saya memang dalam keadaan tak normal. Bila saya tengok di cermin, Ya Allah memang badan saya senget. Tapi kan waktu tu saya tak fikir apa-apa lagi.
Sampailah satu hari tu my officemate nasihatkan jumpa doktor. Takut melarat, thanx to her, and all my friends. Really taking care of me. Kita kat opis memang suka jaga badan, supaya suami memasing tak cari lain ;). Kerjanya hari-hari mengadu berat badan memasing dah naik dan akan ada yang bagi perangsang untuk diet dan jaga makan. Best kan?? Dapat kawan yang satu kepala dan memahami.
So saya terus ke klinik swasta berdekatan dengan rumah. Doktor tu minta saya baring, dan dia minta saya angkat kaki, dan terus sakit tu tangkap belakang saya. Doktor buat surat refer untuk saya buat pemeriksaan lanjut. Terus ke emergency ko!!! Tak pernah saya alami situasi sebegini selain dari sakit nak bersalin.
Memang saya terus bawa surat refer tu ke DEMC hospital, ke bahagian emergency. Dan segala semua situasi tu berlaku sekelip mata. Suami temankan saya, yelah bayangkan nak jalan tegak pun tak boleh, memang menyenget aje keadaannya. Bila jumpa doktor saya diberikan injection tahan sakit, dan doktor terus minta saya buat x-ray. Nurse tu offer nak duduk kat wheel chair tak? saya jual mahal, takmolah. Ha rasakan jalan menyenget dalam hospital tu ;), baru nampak macam orang sakit kan hahaha.
Bila dah xray semua, doktor kata saya perlu jumpa doktor pakar ortopedik. Pakar tulang?? Emm ok je doktor sebab sakit kan, kalau tak mesti bertangguh lagi. So next appointment saya perlu jumpa pakar tulang. Banyak juga ubat yang saya perlu makan ni, tapi semuanya sesuai untuk ibu menyusu, Alhamdulillah Dzar sudah hampir 8 bulan usianya, moga saya kuat semangat meneruskan penyusuan susu ibu ni, sakit tak menghalang usaha ibu mu ni Dzar ;).
ayah saya pun tengah sakit belakang. kisahnya sbb dia ulang alik ke kelantan-kl dgn flight seminggu ni 2x dah. dah tua badan bukan kuat mana. Tapi alhamdulillah skrg dah ok. semalam dan pagi tadi saya suruh dia pulun Vivix dan Bcomplex. Dah pi kerja pulak hari ni.
puan, i ada tag u utk segmen ni. http://vitamin-cerdik.com/2016/03/25-things-that-make-me-happy-25-perkara-gembira-buat-saya.html/
saya sendiri pun selalu sakit pinggang lepas bersalin