Cara menurunkan berat badan selepas bersalin | Hmmm korang watpe tu? Dah mamam? Bestnya kalau dapat makan tak payah nak sekat-sekat ni kan.
Biasalah pompuan, nak kurus tapi kuat makan pastu bising acaner nak kurus ni? Alamak berat naik 500gm lahh. Adoiii pening nak fikir, kalau tak nak fikir boley??? Hahahha.
Sekarang ni suami saya ada masalah, masalah dia adalah suka bersenam, lepas tu paksa semua orang bersenam jugak.
Mini gym di rumah
Saya takde masalah macam tu tapi masalah saya, saya tak suka dipaksa bersenam kokookoko. Yelah bak kata orang masalah rumahtangga janganlah dicerita pada umum, tapi masalah ni rasanya tidaklah peribadi malahan jika diamalkan pastinya menyihatkan kan.
Kat rumah ni, ada ruang sikitlah untuk kami sekeluarga work out. Mini gim, kot…tapi rasanya macam mini stor pun ya jugak hahaha. Kat situlah si suami ni rajin bersenam pagi dan petang.
Anak-anak pun kekadang join sama, cuma saya je yang agak liat sikit nak join sekali. Alasan yang selalu saya bagi, Baby Dzar takde orang nak jaga, eleh alasan ko jemah sangat kan ju.
Husband bagi cara menurunkan berat badan
Husband saya senang aje, didukungnya Dzar tu, dia on threadmill tu, dah pergi ko ke situ berlari. No more excuses!!! Aritu saya tanya suami,
“kenapa abang suruh aju lari kat thread mill tu,”?
“Aju Nampak gemuk ke”?
Nak tau apa jawapannya?
“Sebab abang sayang aju, kan bagus kalau kita jaga kesihatan. biar berpeluh badan tu, kalau kita jaga kesihatan, barulah kita boleh sihat sama-sama, kalau dah sakit apa pun tak boleh nak buat nanti. Dah lambat nak diubati”.
Holo holo holo looooo
So suwiitttt En suamiku, dah boleh buat tajuk drama pulak kan?? ;). Yelah saya turuti kehendak abang, aju pun sibuk nak kurus, hari-hari mengadap cermin lepas tu tanya anak-anak, ibu gemuk tak?
Si Adam baik, taklah ibu kurus je, katanya ;), Adam sama macam abahlah, mulut manis kekekekeke. Takpe ibu suka jawapan Adam tu, ibu bagi 10 HA….!!!!!
Sejarah berat badan
Kalau nak ikutkan, berat selepas bersalin adalah 70 kg. Selepas 2 bulan bersalin pula adalah 69 kg. Tak turun banyak sebab kuat makan, maklumlah lapar memanjang.
Bila masuk kerja semula selepas cuti berpantang, saya takdela kurus mana pun. Berisi adalah, buktinya adalah gambar di atas.
Selepas Dzar mencapai umur 6 bulan, sudah mula makan. Bila anak dah mula makan, bolehla saya diet perlahan-lahan. Saya mula kurangkan kuantiti makanan harian.
Yelah sebab saya menyusukan Dzar sepenuhnya, jadi saya tunggulah sampai dia besar sikit. Kesian pulak kalau saya diet dan susu badan jadi kurang. Nanti apa khasiat yang baby saya dapat?
Tips pemakanan
Bila saya dah kurangkan kuantiti nasi, lebihkan sayur hijau dan banyak minum air masak, berat saya turun dari 69 kg ke 67 kg. Alhamdulillah itu dalam jangka waktu sebulan.
Dan saya teruskan sehingga kini berat saya 65 kg, owh ya tinggi saya 163cm, dulu cecita nak jadi model tapi tak kesampaian ahhahahah lawak. Wah bukan mudah ok nak kurangkan berat badan di samping melawan nafsu makan ni.
Usaha 8 bulan menurunkan berat badan
Hampir 8 bulan jugalah saya ambil masa nak turunkan berat badan ni. Takpe orang kata perlahan-lahan. Kalau tengok kat Kelab Diet Atkin kat FB tu, ada ibu yang lepas bersalin 2 bulan dah mula atkin fasa 1. Nasihat saya JANGAN!!
Sebab kasihan baby nak menyusu tapi nanti kurang segala macam vitamin yang baby perlukan, susu cair dan tak mengenyangkan baby. Saya tahu keinginan korang tu, tahu dan faham sangat-sangat!!
Yelah bila mengandung shape badan dah lari, tengok orang lain kurus dan cantik, kita pun nak macam tu juga kan. Boleh, bukan tak boleh, tapi perlahan-lahan ya, dan Insha Allah, kalau usaha pasti Berjaya :)!!!!
Seronoklah…. Ada alat untuk bersenam di rumah… Senang nak bakar kalori hanya dari rumah… 😉
suka bersenam tak masalah pun.hehe..bestnya ajak orang lain sekali bersenam.hehe
saya pun hairan juga kenapa kaum isteri begitu obses untuk menurunkan berat badan..adakah kerana untuk menarik perhatian suami yang pastinya boleh menerima kita seadanya sama ada kurus atau gemok (bukan typo)
kalau ikut kenakalan lelaki atau suami ..sudah pasti nak wanita yang langsing namun bukan itu keutaamaan bagi majoriti golongan yang dah berkahwin.
memang bersenam akan cepat turun berat, tahniah puan
Saya sekarang ni sibuk ajak suami bersenam, sebab dia dah stress bekerja 6 hari seminggu, lepas tu cuma ahad ja yang dia ada masa pun..hehe
haa..kan elok kalau dah bersenam.
macam-macam dapatnya tu.
ALHAMDULILLAH, dah kurus ya sekarang. Keep it up. Fighting!
Bestnya ada mini gym dekat rumah. hehe