Syukur pada Allah di kala umur 35 tahun, dikurniakan anak 4 orang. Sebenarnya tak pernah tercapai dek akal nak anak lebih dari 2 orang. Yelah mana nak uruskan hal harian di rumah, uruskan anak, makan, baju dan memacam lagi.
Tapi itulah namanya rezeki, sebab anak-anak yang dikurniakan ni memang tak dirancang, Allah bagi rezeki kita terima. Kata orang setiap anak tu ada rezekinya kan, janji kita jaga amanah Allah ini sebaiknya.
Orang kata saya subur, ya subur murah rezeki dengan anak. Bab menanam pokok memang saya tak subur hahahah. Mak kata tangan saya panas, lantas saya tak menanam pun pokok ni, mak tanam dalam pasu, saya balik kampung lepas tu angkut dengan pasu-pasu tu bawak ke umah saya di Subang, settle masalah tangan panas saya ni. Hingga hari ini pokok serai, kunyit dan kari yang mak tanamkan untuk saya, hidup subur, aman dan damai ;).
Bercakap tentang macamana umur saya di usia 35 ni sudah mempunyai 4 orang anak? Saya dulu memang tak plan bab anak, sebenarnya nak juga buat family planning tapi matlamat tu gagal hahaha. Saya kahwin di umur 23 tahun, sempat kerja 6 bulan okay, jangan ingat saya tak abis belajar lagi dah gatal nak kahwin ;).
Anak pertama saya lahir setelah setahun 5 bulan mendirikan rumah tangga. Waktu anak seorang ni memang seronok sangat, rasa macam dah lengkap keluarga kecil kami. Rasa macam nak jarak sikitlah anak pertama dan kedua ni.
Namun sebaliknya apabila saya disahkan hamil anak kedua, ketika anak pertama berusia 7 bulan. Wow rapat rasanya, sebab memang terasa letih nak pula saya menguruskan hal rumahtangga sendirian kerana suami bekerja di Perak ketika itu. Bila anak kedua lahir, Alia anak sulung saya, masih lagi kecil dan perlukan kasih sayang. Kekadang kasihan Alia sebab kene marah kalau bising dan tidurnya adiknya terganggu.
Kali ni kami berdua dah nekad nak rancang keluarga sebab suami kasihankan saya nak uruskan anak-anak dan rumah seorang diri. Juga kasihankan anak-anak, biarlah diorang ni dapat perhatian sepenuhnya. Penat memang penat, saya pastikan anak-anak mendapat kasih sayang sebaiknya dan pelihara hal harian mereka.
Makan, pakai dan ajar mereka membaca juga mengaji. Biarlah saya penat asalkan anak-anak saya gembira ;). Suami pula sangat memahami dan rajin bawa kami berjalan dan bercuti ;).
Ketika usia Alia menginjak 5 tahun dan Najiha pula 3 tahun, sekali lagi saya disahkan hamil anak ke 3. Bila dah memiliki 2 orang anak perempuan, sudah pastilah saya nak memiliki anak lelaki pula kan. Sebelum mengandung, saya sudah beritahu suami yang saya bersedia untuk mengandung lagi.
Saya amalkan doa dan pemakanan untuk mendapat baby boy, namun semuanya bergantung kepada ketentuan Ilahi. Dan Alhamdulillah saya disahkan hamil lagi dan bulan ke 4 kandungan saya, doktor sahkan saya hamil bayi lelaki. Allah sahaja yang tahu perasaan waktu tu.
Check up bulanan memang saya pergi seorang diri sebab suami sibuk sangat dengan kerjanya tapi saya tak merungut sebab dah biasa dan sudah diajar untuk berdikari. Menangis kegembiraan bila doktor bagitau berita gembira tu dan saya terus telefon suami dan kabarkan berita gembira, masalahnya laki aku tak percaya ko!!!! Hahahaha besoknya pergi scan lagi sekali dengan suami dan barulah suami tersenyum gembira hahahaha.
Ha selepas Adam lahir lengkaplah keluarga kami dengan anak perempuan dan lelaki. Bila diorang dah besar sikit dah riuh dah rumah dengan keletah mereka yang manja dan mengada-ngada ihiks. Biasalah anak 3 orang tapi riuhnya macam anak 10.
Seorang menangis, sorang mengamuk, sorang lagi bergaduh. Macam-macam halnya. Tapi takdelah setiap masa diorang ni berkelahi, ada masa sayang-menyayangi jugak.
Waktu tu rasa, eh dah 3 anak aku, bolehla nak rehat panjang. It’s time nak menabur kasih sayang kat bebudak ni. Juga masa nak berjalan setelah lama menunggu si adam pandai berjalan dan tak perlu berdukung. Wahhh sangat seronok waktu ni. Memasing dah boleh bawa diri sendiri :).
Stress ditanya bila nak beranak lagi?
Seronok memang seronok, bila memasing dah besar, rindu pulak nak ada anak kecil lagi. Lumrah manusia, bila dah kawin ditanya bila nak beranak? bila dah ada anak ditanya berapa orang anaknya?
Berapa lelaki dan berapa perempuan? Taknak tambah lagi ke? Bila anak Alia dah berumur 10 tahun, Najiha 8 tahun dan Adam 5 tahun, saya rasa saya nak tambah anak lagi tetapi suami pula tak setuju sebab kasihankan saya sebab penat nak uruskan anak-anak dan rumahtangga.
Ramai juga yang tanya bila nak tambah anak lagi, sampai kekadang teremosi sampai menangis sebab tertekan dengan orang sekeliling. Bab ni memang sensitif, dan tolongla fahami perasaan mereka yang masih belum dikurniakan zuriat ni. Jaga mulut dan percakapan agar tak menyakiti insan sekeliling.
Alhamdulillah Allah kurniakan kami rezeki lagi. Kali ni baby boy juga dan Alhamdulillah senang nak jaga budak kecik ni. Dan syukur juga anak-anak dah besar, bolehla tolong jaga si adik.
Dialah penyeri hidup kami, hari-hari kene gomol yang paling kelakar suami yang memula kata tak nak tambah baby lagi tu yang paling sayang si Dzar ni ;). Alhamdulillah, Alhamdulillah….Keriuhan berganda dengan adanya 4 orang anak ni, apatah lagi mereka punya anak yang lebih ramai tu kan. Allah kurniakan rezeki dengan pelbagai bentuk, kita hambanya sentiasa bersyukur dengan apa jua yang kita terima. Syukur…
Anak ke 4 dah semakin besar… Seronok tengok gelagat anak-anak dalam usia ni… 😉
eh, tak macam anak empat pun…hehehe..pasti kecohkan…bab baju konpem bertimbun…hehehe
mestio meriah kan.. betul tu, anak tu merupakan rezeki pemberian dari tuhan yang tak ternilai.
Sweet nye keluarga tu heeeee saya belom lagi nikah
tu dia.
ada budak kecik empat orang..memang meriah la. hehe
wah terbaek.. saya baru sorang je..
saya planning anak, alhamdulillah jarak ok. skrg sulung 8, no 2 5tahun dan kecik 1 tahun. plannya taknak dah anak, tapi tak tahulah planning Allah jua yg terbaik. tp memang betul time dapat no 2, kita tak reti lagi nak ajar anak sulung tu behave. jadi anak slung jadi sasaran marah. saya pun sedih bab ni. tp always trying to improve myself.
Apabila anak meningkat dewasa, kita akan rindukan saat kecil mereka. Mungkin itu antara faktor mengapa ibu sanggup lahirkan ramai anak.
anak saya dah 3 dan seorang masuk asrama,,maka yang tinggal 2 sahaja..
teringin nak baby namun faktor umur isteri tidak mengizinkan ..