Dapur tema hitam merah memang menawan | Hai uols!!! wah penat rasanya minggu ni sebab si kecik kita ni demam panas. 3 hari jugak panas badannya tu, makan ubat 2.4ml, 4 ke 5 jam selepas tu makan lagi sebab panas badan sentiasa tinggi. Tak lupa basahkan tuala dan balut si kecik ni, melencun pun lencunlah janji panasnya turun cepat.
Tak pernah tengok matanya sekuyu itu, lemah longlai, nak merengek aje. Kesian si kecik ni, nak membesar macam tulah nak, adat kehidupan kan, samalah macam kakak-kakak dan abang kamu ni dulu, berjaga malam tu sudah biasa kan, emmm mencece panjang pulak ya.
Lihatlah tidur pun harus ada posisi yang bergaya kau memang dabom gittew!!! Dah besar anak ibu, sudah 8 bulan, beratnya 8.1kg. Lenguh tangan ibu mendukung, pinggang pun terasa sakitnya, sekarang ibu dukung Dzar tak lama.
Lepas tu pas kat kakak dan abah sebab ibu slip disc, jadinya kene kerap bergilir-gilir. Tak lupa saya selalu amalkan senaman fisio yang diajar di DEMC aritu, nanti saya buat senamannya di lain entri ya.
Tema dapur hitam merah
Kalau anak dah demam ibu kenelah ambil cuti kecemasan. Cemas hati ibu bila tengok anak sakit macam ni, harap bos pun faham, kotlah bos baca blog saya tak seberapa ni hihihi. Bila dah cuti, tak semestinya kita cuti dengan aman tanpa sebarang tugasan. Dan sudah tentu-tentu ada je tugasan yang menanti di rumah, kiranya rumah tu macam pejabat juga buat orang perempuan ni.
Kaum ibu pasti sukakan ruang dapur yang selesa dan mudah untuk bersilat memasak. Begitu juga saya, inilah yang dipanggil ruang opis kedua saya. Saya sukakan dapur ni konsep merah hitam suka hati mak kaulah!!!
Tenang rasanya masuk dapur, lihat warna kegemaran, kaki memijak tanpa rasa lekit atau berpasir. Saya suka kalau cuti, lepak kat dapur. Tenang rasanya tapi lepak takdelah sampai bertiduran kat lantai dapur tapi mengemas sana sini sikit. Saya akui saya bukanlah pandai sangat mengemas tapi sukakan ruang kemas itu.
Ruang tamu hitam merah
Ini sedikit pandangan dari ruang tamu. Ambil gambar sambil meniarap ke apa ni ek? Lantaklah janji nampak warna kegemaran laki bini ni. Suka nau merah itam, dari ruang tamu, ke dapur ke bilik tidur. Itulah warnanya, sangat menenangkan, mak mertua kita pun suka, cantik katanya ;), owww mekasihlah mak ;).
Saya dan suami memang obsess dengan warna merah. Nampak ceria di mata, lawankan pulak dengan warna hitam. Memang menyerlah. Kalau korang tengok cabinet dapur saya tu, warna itulah juga saya gunakan untuk wardrobe di bilik saya dan suami.
Ini impian saya dari dulu, masa duduk rumah Gombak dulu saya tahankan diri untuk memiliki semua ini, Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki untuk dapat tempat tinggal yang lebih selesa dan kali ini kami realisasikannya. Itulah dia pejabat no 2 yang tak seberapa, semoga lebih bersemangat nak memasak nanti ya ju, :).
Alhamdulillah setelah 4 hari demam, Dzar semakin sihat hari ni. Ibu terpaksa hantar Dzar ke rumah pengasuh ya memandangkan ibu pun dah lama bercuti. Semoga anak-anak ibu sihat-sihat semuanya, ameen.
Kaum ibu ni kalau anak sakit ke apa ka, memang tetap wajib juga buat kerja rumah kan
BTW, cantik kaler matching umah Aju, sama citarasa la kita., merah
comel baby.. rumah tu cantiiklah. saya suka merah tapi tak berani pula nak tatarias rumah dgn warna merah
tu dia.
gaya ultraman pun ada masa tido ehh..
anak kecil demam menyebabkan ibu bapa pun rasa nak demam juga..malam tak tidur dan asyik nangis sahaja..
dah 3 kali saya melaluinya..
hitam & merah memang kombinasi cantik.
aida & asben lebih kpd kaler coklat. earth tone gitu.
cantik rumah.. suka tengok!
Nice kitchen. color pun matching