December 3, 2020

Penangan Exam

Tak boleh nak cakap macamana tahap stress dia sampai blog pun terabai. Memang boleh dikira dengan jari berapa kali saya update blog dalam bulan April ni.

Mak dah HIJAU!!!!!

Hahahah Apa motif?..

Bila sebut exam, rasanya semua orang pun tak suka sebab memang bikin stress. Tapi tak taulah kalau ada orang yang suka cari stress kan, bagusla kalau ada yang cenggitu, tabik sama dia!! Exam ni memang berkaitan tentang kerja kat opis ni jugak, kalau sebelum ni saya dah ambil paper 1, yang ni paper 2 la pulak, macam drama berepisod dah jadinya :).

Wahh dah lama tak study nak exam, memang stress sangat mak rasa. Bagaimana stress dan terabainya seorang insan bernama suami dan anak-anak hahahaah.

Mak dah hijau!!!

Sebulan sebelum exam kami dah hadiri kelas kat pejabat, in house classes. Bila ambil sekali dengan kengkawan, bahagian investment, atau lebih spesifiknya processing and monitoring officer, kita ada geng nak study dan diskus. Bila tak faham atau tak pasti kita boleh terus bincang dan dapatkan kesimpulannya.

bajet study la tu hihi

Geng satu kepala, makan sama, gossip sama, rehat sama, solat sama, apa saja bersama. Bila dapat study dan exam bersama, rasa seronok sebab teringat zaman kat U dulu, entahla bila cakap pasal U saya teringat zaman bercinta pulak heheheh.

Gatei ya??

Malam tadi suami jerit dari ruang tamu, saya yang kat dapur ni, mengomel sendiri, apalah yang dibisingnya tu? Rupanya suami duk kata tak lama lagi kami akan dapat menantu, si Adam 6 tahun tu dah ada awek. Hishhh!! Apalah awal nau bercinta, ibu abah dulu form 2 baru tau cinta tau ahahhaha!!!!

Kecian si comel main sendiri

Bila balik rumah dah tentu tak boleh nak tengok langsung buku dan nota bagai. Harap je usung beg buku dan file ke hulur ke hilir. Bacanya tak seberapa, tapi syukur juga Allah memberi saya masa untuk semua ni kan. Bila kat rumah, memang kene fokus kat anak-anak.

Kasihan si bayi kekadang kene main sendiri bila maknya nak study. Nasib baik dah boleh bawak diri walau umurnya 9 bulan, aah Dzar dah 9 bulan tau 25hb lepas. Bagusla bucuk ni, dah boleh berdiri lepas tangan 5 saat, bagus nak walau 5 saat, ibu dan family happy sangat nak.

Selamat Hari Lahir Najiha

Tak lupa, tanggal 23hb April adalah hari lahir anakku tersayang, Ain Najiha. Dah besar anak ibu, dah 9 tahun pun. Rajin belajar, dengar cakap, rajin membantu, walaupun kecik-kecik dulu banyak perangai tapi dah besar ni banyak positifnya.

Dulu banyak kene psiko dengan budak ni, kalau nak pujuk kene guna bahasa psikologi, barulah dia paham. Hmm sangat menguji kesabaran ;). Untuk Najiha, moga jadi anak solehah dan berjaya dunia akhirat ya, kami semua saying kamu.

Doakan ibu lulus ya

TQ gak kat suami banyak bantu saya buat kerja rumah, ha cenggitulah suami solehhh (sebut dengan lidah bergulung) hahaha takde maknanya lidah bergulung k. Tolong masak, tolong jaga Dzar, tolong jaga Adam, walau dirinya tak terjaga tapi dia masih bertimbang rasa, hahah berpantun pulak. Ha nak bagitaulah, korang ada pengalaman diganggu ‘benda halus’?. Sejak setahun lebih tinggal ni rumah baru ni, saya belum pernah “diganggu” lagi. Cuma kisah malam tu buat saya seram pulak.

Ahad lepas, diorang ni semua dah tidur. Pukul 10 malam semua dah out, wow sunyi, dapatla saya study dengan tenang. Bila tepat jam 12:00 malam, mata saya dah mengantuk dan mula cari bantal. Saya ambil Dzar yang tidur dalam buai dan tidurkan di sebelah saya.

Saya tidur mengiring membelakangkan buaian. Bila dah lena dalam 1/2 jam, saya dengar bunyi spring buaian macam dienjut. Saya yang mengiring ni cuba nak memusingkan badan dan nak menoleh ke arah bunyi tersebut. TAPI SUSAHNYA SAYA NAK BERPALING!!!! Cuba banyak kali pun tak boleh juga sehinggalah akhirnya saya tersedar dan terus istighfar. Bulu tengkuk meremang tahap maksima, terus capai hp dan buka bacaan Surah Albaqarah, eiii seram!!!

Pandai ‘dia’ tau suka nak kacau keimanan saya pulak, buat ‘dia’ jangan ganggu dah ya. Kita semua makhluk Allah dan semoga kita buat hal-hal sendirik aje lepas ni.

Semoga berjaya

Alhamdulillah selasa lepas, dah lepas beban kat bahu ni, selesai exam dan DOAKAN SAYA SEMOGA LULUS YA, sebab kalau tak lulus kene repeat deh!!! Ya Allah berikanlah kejayaan buat hamba-hambamu yang lemah ini.

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

9 thoughts on “Penangan Exam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: