November 24, 2020

Redeem baucer Zalora, jom tengok apa yang dapat

Wahh sangat happy sebab memang tengah duk cari handbag, beg mekap dan purse baru yang boleh masuk hp sekali. Dan baru-baru ni blog saya ni dapat offer dari #Zalora untuk promosikan barang yang dijual di Zalora. Sebagai balasan saya diberi baucer Zalora.

oklah kan dapat baucer, boleh redeem juga dan jenama produk vendor kat situ pun boleh tahan juga. Nak beli Poplook tapi baju dah banyak, nak beli shawl emm dah banyak juga, nak beli macam-macam tapi duit pulak tak banyak hahaha.

 

Redeem baucer Zalora
zalora rarara

Setelah lapan ratus kali duk usha barang kat Zalora. Tutup bukak website diorang, tengok bag, tengok blouse, tengok sandal, tengok shawl, make up, wah gaya ko macamlah dapat baucer ribu raban kan hahahahahah. Semuanya nak beli, padahal kau ada rm200 hengget je nilai baucer.

Jadi jangan nak berangan lebih-lebih, haruslah belanja ikut kemampuan yang hado!!! Tapi kata orang berbelanja haruslah bijak, jangan dah pilih tapi menyesal kemudian hari, jadi tindakan tadi tu saya rasa memang tak salahlah kan ;), hihihi.

 

Redeem baucer Zalora
ek elle

 

Redeem baucer Zalora
wahhh

Oklah setelah berpuluh kali tengok benda yang sama, ok thats it, amik je yang ko pilih tu ju, jangan tengok benda lain dah, kalau tengok mesti nak yang tu pulak. Nah inilah pilihan saya, ok tak korang??? Bijak kan cara saya berbelanja? hahaha. Warna tu memang warna yang sangat saya suka, pink, purple. Kira sangat matching dengan giteewww. Dulu-dulu saya suka bangat warna merah dan pink, bila meningkat usia, dari pink dia berubah ke purple pula. Takpela warna adik-badik juga kan, sweet je nampak kat mata saya ni.

lagi??

 

idaman hati

Memang dah lama saya idamkan purse yang simple macam tu dan ada tali pendek, tu brand Alfio Raldo dan saya rasa harga dia dalam RM70 lebih macam tu kot, korang boleh usha kat Zalora ya, saya dah lupalah. Tapi saya beli purse dan beg make up tu total harga dia dalam RM103 macam tu. Kene tambah RM2. Baucer yang saya dapat ni kene redeem RM100 per order. Tak boleh guna 2-2 baucer untuk satu transaksi, tu yang saya buat 2 bil ni. Beg Elle tu pulak RM169, so kene topup lagi RM69.

bolehla isi apple 5 ku

 

nak sumbat make up

 

Dah puas hati rasanya bila dah dapat apa yang diinginkan, jimat juga duit sebab tak perlu nak keluar belanja beli bag ni semua. Dan korang tahu perempuan ni memang tak pernah nak rasa puas dengan apa dia ada, jadi takmo ada perasaan begitu lagi ya ju. Semoga bertahan lamalah jodoh kami semua ni. Dan minggu ini hati rasa berbunga dengan gajet-gajet baru ni, sudah semestinya saya rasa bersemangat lebih untuk pergi kerja. Nampak tak? motivasi itu sangat perlu kan, ahahha kalau dapat shopping memang over kan :). Oklah newey TQ Zalora, kalau sudi bagi lagi baucer ya :).

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

4 thoughts on “Redeem baucer Zalora, jom tengok apa yang dapat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: