Mudah kerja ibu kan kalau anak-anak dah boleh seterika baju sekolah diorang tu sendiri. Memang mudah sebab dapat meringankan sedikit kerja rumah para ibu-ibu sekalian. Selain iron, para ibu kene basuh, jemur dan lipat kain baju. Tu tak termasuk kemas rumah, mop lantai, memasak kan. Korang mula suruh anak iron baju sendiri sejak umur diorang berapa tahun?
Saya sudah mula menyuruh anak-anak seterika baju diorang sendiri seawal umur diorang 8 tahun iaitu darjah 2. Ada yang awal lagi dari tu tak? Memang bila fikirkan kesian tengok kecik lagi dah kene buat kerja berat tu. Tapi nak buat macamana kan sebab kalau tak disuruh saya pula serabut banyak baju yang hendak diselesaikan.
Kebiasaannya saya akan iron baju untuk seminggu. Saya 5 pasang, tudung, blouse, seluar, suami pun 5 pasang, Adam 2 pasang, baju kakak-kakak lagi dah 8 pasang. Hmmm berpuluh-puluh pasang kan nak iron sekali hadap. Itu baru 5 orang, kalau yang punya anak ramai lagi banyak nak kene iron kan. Itulah sebabnya saya mula menyuruh diorang ni iron baju sendiri.
Tapi saya akan monitor tiap kali diorang buat kerja tu. Takpe perlahan-lahan, mula-mula memang kesian, tapi dah lama diorang pun dah tahu tanggungjawab sendiri. Saya pastikan baju diorang ni siap dibasuh pada hari Sabtu. Dan terpulang pada diorang nak iron bila. Selalunya mood iron diorang ni pada pagi Ahad sambil menonton cerita kartun. Buka aircond, ha berjam-jam pun takpe. Lagipun pagi Ahad kitorang tak kemana-mana sebab abahnya menunggang motor kan, so abah takde kita dukla umah dendiam.
Seingat saya masa kekecik dulu saya mula iron baju masa darjah 4 kot. Waktu tu kat felda tu mana ada elektrik, jadi guna seterika berat macam batu tu, letak bara tempurung dalam seterika dan letak di atas penutup periuk. Sapa ingat memori tu angkat tangan??? Memang tak boleh lupa kenangan tu, bila dikenang sweet aje :), dan begitu juga anak-anak saya, biar diorang tu diajar berdikari dari awal, kata orang bersusah dahulu bersenang kemudian kan. Ha dah senang kerja para ibu kan, begitu juga basuh kasut sekolah dan masak nasi, pun diorang dah boleh buat sendiri, tahniah anak-anak ibu sayang korang semua!!!!
P/S : Bukan niat ibu mendera korang tapi nak ajar korang berdikari dan tidak mengharapkan pada orang lain. Ibu sayang ketat-ketat ;).
Baguslah anak2 dah pandai iron baju sendiri…
Anak2 saya belum pandai lagi… setiap pagi sayalah yang tukang gosokkan baju sekolah mereka..
ank dh pandai iron bj sdiri sronokla..tp cuma kena pantau je la kn
wah..bagusnya dapat mendidik anak supaya berdikari dari kecil lagi
Mula2 memang kena pantau jugak sebab baru nak belajarkan. Benda panas pulak tu. Nanti dah lama2 ok la tu. Ibu pun senang sebab anak2 dah take over sikit kerja.
baguslah anak dah pandai berdikari..kerja kita pun rasa ringan.
anak sulung saya pun dah buat sendiri. atas kehendaknya sendiri, alhamdulillah
Biasalah tu kan.. kalau ikutkan kesian, memang susah la nak didik anak.. gud job aju.. dah ringankan beban tu..haha