Demam berulang disebabkan tonsil | Memang dari kecil saya kerap demam disebabkan tonsil di tekak ni membengkak. Demam yang berulang-ulang dan nampaknya bulan lepas dan bulan ni saja saya demam 4/5 kali.
Walaupun dah makan antibiotik, tapi masih demam dan sangat-sangat memenatkan badan. Kalau dah demam, apa kerja pun tak boleh nak buat, lemah satu badan. Asyik nak baring dan tidur. Sakit semua urat saraf dan sendi mak ni ha.
Mula-mula ke Poliklinik An Nisa Subang Bestari, ini sahaja ubat yang saya dapat disebabkan saya masih menyusukan bayi. Dan dos yang diberikan juga bukanlah sama dengan dos untuk pesakit demam yang biasa. Setiap 4 jam saya akan makan ubat demam dan masih tidak kebah lagi. Disebabkan tak larat, saya ke klinik berdekatan pejabat di KL Sentral iaitu Twin Tower Medical Centre.
Inilah ubat yang saya dapat, emm nampak banyak sikit dari sebelum tu. Dan semua ni sesuai untuk ibu mengandung dan menyusukan bayi. Walaupun dah habis ubat antibiotik tu saya kerjakan, saya masih lagi demam. Kat opis dia punya aircond macam duduk dalam deepĀ freezer, rasa kita ni dah macam ikan dan ayam beku. Makanya demam saya semakin teruk.
Huii memang tak larat, pergi surau sejuk, bilik menyusu sejuk, kat workstation sejuk, pendek kata mana-mana pun sejuk. Demam yang mulanya dah kebah, masih berulang lagi.
Akhirnya saya decide nak balik rumah je, amik MC even dah separuh hari kat opis. Aduiiyai yang lemahnya nak berjalan kaki dari opis ke tempat parking. Melintas jalan sume dan doa janganlah pengsan.
Dan balik dari opis semalam, saya ke klinik berdekatan rumah. Doktor suruh buka mulut dan nampaknya tonsil saya bukan setakat membengkak tapi dah jadi merah dan ada ulser putih-putih tu lagi. Mak aihh doktor suruh saya menghadap cermin dan tengok tekak saya sendiri, umang aiii!!!
Ngeri ko!!! Patutla sakit tekak tahap gaban, nak makan tak selera, makan sakit. Tapi bila doktor suggest untuk buang tonsil, saya pula taknak.
Rupa-rupanya itu punca demam saya melarat. Rupanya simptom Demam berulang disebabkan tonsil. Doktor bagi lagi antibiotik, ubat demam, batuk dan ubat hisap. Semoga cepatla sihat, dah tak larat demam lagi. Dzar pula merengek sebab nak tumbuh gigi, sian manja ibu ni, meleleh aje air liurnya. Semoga kita cepat sihat ya Dzar.
Banyakkan berehat.. Banyakkan minum air masak… Saya doakan semoga lekas sembuh…
semoga cepat sembuh puan. banyakkan berehat dan minum air kosong. tonsil ni eloknya amalkan bawang putih (antibiotik semulajadi) dan pastikan badan kuat sistem imun
Semoga cepat sembuh aju, ada anak kecik susah sikit…takut berjangkit.
Memang terseksa kalau dengan tonsil yang membengkak ni, serik dan perit rasanya. Didoakan moga Aju and Dzar cepat sihat kembali ye
rak pa demam semua blh mintak claim ekekeeke…moga baby tak berjangkit nanti ..
Siannya Aju. Smoga cepat sembuh.
sama macam saya tu..boleh kena demam beberapa kali..nak sembuh lambat dan nak demam cepat je
allahu sakit tu hapus dosa..bykkan sabar n mkn ubt on time..moga cepat sembuh!
Banyak betul kena makan ubat ni, Semoga kembali sembuh seperti biasa ya
Boleh tahan ubatnya.. Serius..macam stress jer bila tengok ubat banyak macam tu..hehe