As usual kalau Sabtu ada cuti umum, sebab suami ni Sabtu pun kerja jugak kan, so kitorang amik peluang cuti Wesak tu untuk mengisi masa terluang dengan anak-anak. Kesian Sabtu pun keje, syukurla saya ni bercuti kalau tak tunggang langgang juga rumah tu dibuatnya. Hmmm nikmat dan rezeki juga tu kan, hmm syukur. Apa aktiviti kami Sabtu lepas? Saya nak anak-anak ni dekat dengan alam semulajadi je, jadinya saya dengan suami sepakat nak angkut diorang semua ke Rabbit Fun Land, di Semenyih.
Memang jauh dari rumah tapi bila dah bagitau anak-anak nak tengok rabbit, yang jauh tu tak peduli dah, janji dapat tengok rabbit jarak dekat. Aihh macam ibunya pulak yang beria-ria nak pergi ni hahahha.
Kalau nak tahu, Rabbit Fun Land ni terletak bertentangan dengan Bukit Broga Semenyih tu. Memang ramai yang suka panjat bukit ni ya, sebab berderet kereta parking tepi-tepi jalan tu, kalau anak-anak dah besar bolehla panjat bukit ni satu hari nanti ;). Tengok cuaca pagi Sabtu tu sangat baik, tak panas dan suasana redup je. Sangat merestui aktiviti kami pagi tu. Kami sampai kat sini jam 10:30 pagi, memang takde orang lagi waktu ni. Seronok je bebudak ni berkejaran dengan arnab-arnab jinak dan comel. Harga tiket pun berpatutanlah kan, dan kat sini pun ada jual carrot kot nak suap kat bebudak arnab tu kan.
Dzar pun elok sangat perangainya. Baik aje didukung oleh abahnya. Suka dia tengok haiwan kat situ, cuma tak boleh nak pegang je, rasanya kalau lepas ni mau digegetnya arnab-arnab comel tu. Alia, Najiha dan Adam pun suka sangatlah, mana taknya dapat bertentangan mata dengan haiwan comel.
Arnab ni pun dah biasa dengan kehadiran manusia kan, jadinya takdelah dia berlarian sangat, siap datang kat kita berebut makanan dengan kengkawan. Comel kemain memasing ni, rasa nak tangkap je sekot bawak balik, kalau buat sate pun sodap ni, erkk!!! hihihihihi
Kat sini bukan setakat ada arnab je, pun ada rusa, kambing, monyet, lembu, kuda. Oklah kan sesambil nak mengisi masa lapang dengan anak-anak. Bukan main happy dapat suap makanan kat haiwan-haiwan tu. Saya paling suka aktiviti macam ni, memang kegembiraan anak-anak keutamaan saya. Dari duduk di rumah tengok TV aje kan, biarlah buat aktiviti bermanfaat sambil mengeluarkan peluh.
Kalau nak naik kuda pun boleh dan tiketnya RM8 seorang, tapi alahai dekat benar trek kuda tu berjalan, tapi takpelah janji dapat menunggang kuda kan ;). Bila sorang nak naik kuda, semua pun berebut nak naik sama. Ha bergilirlah tunggu turn memasing. Best kata bebudak ni ;), hahaha comel!!!
Puas hati nampaknya diorang ni, ibu ngan abah yang tak berlari ni pun fenat jugak ha. Ramai rasa ahli keluarga kami ni, riuh macam anak 10 ;).
Berpeluh-peluh memasing, bau kuda pun ada melekat kat badan hahahahah!!! Bau najis usah katalah kan, tapi itu alam semulajadi yang takleh nak dapat kat bandar nun. Bila memasing dah penat, dah kedengaran memasing kehausan dan kelaparan, oklah jom kita balik ;)!!!!! Lenkali kita datang lagi!!!
Seronoknya anak2 dpt bagi mkn dkt binatang…
Bestnya.. boleh plan bawak ana-anak ke sini pulak..
hari itu ada lalu tempat nih.
tapi tak jadi mau singgah pulak.
Eh agak murah juga la kalau nak masuk, insyaAllah ada kelapangan boleh la bawa anak2 ke sana
Boleh bawak anak-anak datang tengok rabbit ni
Molek sangat dah perancangan ibu bawa anak 2 ke sini, takut zaman ke depan nanti tak kenal pulak dorang yang mana arnab yg mana kucing. Zaman IT la katakan Aju…X mustahil tu
kalau ikutkan, lagi best bawa anak-anak pergi ke tempat macam ni. macam-macam dorang boleh belajar.
Buat satay daging arnab memang sedap.. tapi sedap lagi jika ajak saya makan sekali.. Haha.. Ada masa nak pergi jugak melawat rabit2 sekalian..hehe
Seronoknya jalan-jalan ,tenangkan hati ….
comel nye rabbit tu, geram sangat rasanya heeeee
Indahnya pemandangan alamnya…
pengin kesana jadinya
Asyik juga tuh bisa buat tujuan liburan bareng keluarga saya
thanks infonya…
wih banyaknye binatang di sana, kapan2 saya ajak lah keluarga ke sana
Asyik juga tempatnya, masih alami..sangat edukatif buat anak-anak.