Shopping @cattleyacouture, Shah Alam | Selepas habis exam yang lepas, memang terasa nak release tension sekejap. So sebagai penawarnya, ajak suami lari kejap ke Seksyen 7, Shah Alam semata-mata nak beli shawl Andria yang tengah ada promo tu.
Sebelum ni diorang jual 3 pcs RM100, tapi beberapa minggu lepas diorang jual 7 pcs RM150. Promo tu bermula 30hb April sehingga 8 Mei 2016 sahaja ya. Dah abis dahhh!!! Nanges!!!
Syukur kali ni si kakak-kakak dan Adam taknak ikut. Diorang pun nak kene baca buku sebab nak exam sekolah kebangsaan. Tapi si kecil tu wajiblah angkut sekali, mau meraung tak dapat susu ibunya.
Kitaorang keluar rumah jam 3 petang, selepas menunggu suami balik dari menunggang motor, aktiviti wajib beliau di hari Ahad, janji dia bahagia sudah!!! ;).
Shopping @cattleyacouture, Shah Alam
Syukur jalan tak jem dan sampai di depan butik Cattleya Couture ada satu parking baik punya depan tu. Mudahlah saya sebab tak perlu berjalan jauh ;). Suami dan baby tunggu dalam kereta sementara saya shopping dengan aman damainya ;).
Tapi sayangnya tak banyak dah pilihan warna yang ada. Nan hado!!! Saya aim nak beli warna biru, turqoise, tapi yang ada hanyalah dari keluarga warna hijau, purple dan merah.
Oklah dari takde, pilih je warna yang rasanya masih belum ada dalam simpanan. Saya dah pernah beli shawl ni sebelum ni, memang kainnya selesa dan senang dibentuk. Lebih best dari brand Zawara oppsss!!! Material Diandra ni lebih lembut dan flowy sangat. Lebih panjang dan selesa sangatlah kalau dipakai, rasa anggun je gitteww kekdah dia.
Dan kebetulan saya tengah cari jubah untuk dipakai ke pejabat. Selalu pakai blouse dengan seluar slack je dan kekadang budak opis boleh agak apa yang saya akan pakai nanti. Hahahah gurau jelah, dah kenapa diorang menyibuk dalam hal pemakaian saya kan, ingat retis??? kekekekke.
Saya memang sukakan material jubah Analea dari CC ni. Moss satin yang tidak jarang dan sesuai kekdahnya nak pakai ke pejabat. Berat, flowy dan nampak anggunlah kalau dipakai. Sekali cuba terus jatuh hati nak beli.
Saya ni memang cerewet sikit bab beli pakaian ni. Suka material yang selesa dipakai dan rasa anggun begitu. Wahh ko!! Nak beli shawl je, dah pakej pulak dengan jubah, lagipun suami kita bising, suruh pakai labuh-labuh, oklah kita faham bang, tapi kalau abang bagi duit, lagi kita mengangguk faham ;).
Selepas sejam proses memilih dan pembelian, kami terus bergegas balik ke rumah. Kesian anak-anak ibu kene tinggal. Sebagai balasan ibu belikan aiskrim dan abah masakkan nasi goreng simple bertatahkan telur.
Sedap giler ko!!!
Saya ingatkan suami guna perencah segera, rupanya tak, dia tumis bawang merah dan cili kering, pecah telur dan masuk nasik. Letak garam dan dah siap!! Tak sempat nak snap gambar nasi goreng sebab dah selamat kene makan ;). Nyummy, tq abah!!!
nampak ke kakak saya ni, mau rambang mata tengok. lebih-lebih lagi banyak pilihan warna macam tu.
Haha.. saya selalu goreng nasi macam tu.. simple tapi menyelerakan..haha
jom shopping tudung heeee bagus sangat tudung tu…