Hmmmm
Setelahh lebih dari 12 hari demam berturut-turut, bukan setakat demam malahan demam sakit urat dan sakit tekak sepertinya ada bola ping pong di tekak. Nak makan tak selera, nak makan macam-macam tapi bila disuap, takde rasa dan tekak tak boleh nak menerimanya, sakit dan pedih. Terus hilang nikmat makan sementara, terus bersyukur dengan pemberianNya. Ditarik sementara nikmat kesenangan yang diberi.
Saya yakin ujian ini terlalu kecil berbanding mereka yang diuji dengan ujian yang lebih besar dan berat. At least, walaupun sakit, saya masih lagi dapat bergembira dengan suami dan anak-anak. Masih lagi punya kerja dan majikan yang prihatin. Syukur padamu ya Allah.
Saya pernah terdengar di radio IKIM, tajuk tazkirah tu “DI LANDA MUSIBAH, BUKAN TANDA KITA DIBENCI”, malahan sesungguhnya ujian yang diberi adalah untuk melihat keutuhan keimanan hambanya kepada Penciptanya. Pagi-pagi dengar IKIM memang memotivasikan, sesungguhnya mati itu pasti dan kita pun tak tahu bila pula giliran kita dipanggil menghadapNya.
Minggu lepas merupakan fasa demam paling teruk dalam hidup. Demam sakit urat dengan tonsil bengkak dan menjadi ulser penuh di tekak. Nak makan, minum, bercakap pun susah dan menyakitkan.
Bila demam datang saya kata pada suami “hantarlah saya ke hospital, saya tak larat dah, biarlah saya dan Dzar masuk spital, sakit betul badan saya ni, lemah sangat”. Dan pada hari Rabu, 11/5/16 suami bawa saya ke klinik swasta untuk dapatkan surat refer, nah memang betul doktor suruh masuk ke hospital, bukan sekadar warded tapi operation buang tonsil ni. Alamak, bukan ni yang saya nak, bila kita disuruh buat sesuatu yang bukan keinginan terus rasa stress pula.
Bila doktor cakap operate, terus hati saya kata no. Takdelah saya cakap depan doc tu mau kene marah, tekak dah ulser teruk masih lagi takmo buat apa-apa?. Keluar dari klinik saya terus call kakak saya. Syukurla kami ni semua ahli keluarga sakit tonsil ;), dan punya pengalaman memasing.
Kakak saya kata cubalah makan gamat healin gamogen tu dulu. Sebab anak dia dulu makan tu dan Alhamdulillah surut bengkak tonsilnya. Dan jangan terus buang tonsil tu, selagi boleh guna natural remedy, cuba dulu katanya, ok tq kak. Terus saya dan suami google mana outlet gamat terdekat.
Nah, syukurla ada outlet berdekatan dengan rumah. Sebelum pergi sana saya call diorang terlebih dahulu. Dan syukurlah kedai diorang masih buka sehingga 8:30 malam.
Dan ini yang saya beli atas nasihat pemilik outlet tu. Balik rumah terus saya tonggang 15ml. Yerkkk rasa dia hanyir sikit tapi nak cepat baik maka telan aja. Actually gamogen ni kene makan 15ml sebanyak 2 kali sehari semasa perut kosong.
Selepas makan gamat untuk 4 jam pertama, saya dah tak repeat makan paracetamol berbanding beberapa hari sebelum tu. Kalau tak 4 jam sekali saya mesti kene telan paracetamol sebab demam berulang. Setelah makan 3 kali gamat gamogen ni, rasa tekak boleh menelan makanan baik dari sebelumnya. Walaupun nasi bubur, tapi dah boleh lalu di tekak dan tak sakit seperti sebelumnya.
Alhamdulillah its getting better. Syukur Ya Allah, kalau boleh saya taknak kene operate, im not ready for it. Badan masih seram sejuk dan ada masa rasa nak demam tapi saya kuatkan semangat dan be positif. 12/5/16 saya sambung cuti lagi untuk make sure badan betul-betul sihat. Korang pun tau opis saya tu macam deep freezer, tak pasal-pasal nanti demam lagi ;).

ada sorang xde time ni. Sakit demam tonsil ni buatkan berat saya turun 3kg. Semua tegur saya nampak kurus, mana tak kurus, tonsil bernanah dan nak makan apa pun tak boleh. Memang boleh kurus huhu
Makanya 13/5/16, saya decide untuk mula bekerja. Dan Alhamdulillah saya survive dan berjaya menghadap aircond sejuk kat opis ;). Tq untuk kengkawan yang sangat baik hati mencari menu untuk pesakit tonsil.
Puas diorang fikir nak lunch kat mana memandangkan risau saya tak larat berjalan. Memikir menu apa untuk saya. Menu yang lembut dan tak pedas sesuai untuk tekak saya yang sakit dan pedih ni. Saya sayang korang!!! Kawan tiada gantinya!!! Sayang korang ketat-ketat!!!!!!!!!
Alahai.. Kena tonsil ke? Semoga lekas sembuh… Kena banyakkan makan ais Krim bersusu seperti Ais Krim Vanilla.. Semasa makan terus telan masuk ke dalam tekak… Itu yang nurse dan doktor selalu ajar pada saya..
Memang scary lah kalau nak kena operate nih. Alhamdulillah aju dah sembuh.
kalau kecik okey lagi nak operate kan..ema pun minum gamolen ni… rasa hanyir tapi mujur boleh telan lagi sebab ada rasa masamnya…
Yup…memang sengsara la kalau kena tonsil ni.. mujur ada gamogen..haha
Mujur lah tak kena operate ek. Alhamdulillah.. dah sembuh pun ๐
Slm kak,sy pn mcm akak jgk kena tonsil dh sbulan tak surut2 jgk. Dh mkan mcm2 antibiotik still tak jln. Akak ada prubahan kh masa amalkan gamogen tu?nak jgk sy cba. Suami ada sruh g hsptal tp sy blum ready kot2 kena oprte ke apa kn.
anne, akak cuba ikhtiar dengan gamat ni alhamdulillah berkesan dn serasi dengan akak. Cuba anne try juga sebab since dr makan ni smpi sekarang alhamdulillah tonsil x bengkak dan bernanah lagi. Banyakkan minum air masak ya