Saiz kasut anak dah sama dengan ibunya

Korang dah shopping raya ke? Bila fikir malasnya nak bersesak ramai-ramai dengan harapan boleh shopping online je. Kalau untuk baju saya oklah nak shopping online ni, tapi untuk anak-anak ni memang kene angkut diorang sekali sebab tak reti nak bajet saiz memasing. Yelah anak pun dah besar panjang, bukannya umur setahun dua yang boleh congak je ukuran diorang ni.

Weekend lepas kami duk cari kasut anak-anak dan Bata adalah pilihan kami, sebab itu je kedai yang nampak depan mata ;). Saya memang malas nak menapak jejauh bulan pose ni. Bila dah ada pilihan tu ambik dan bayar terus. Kalau duk survey nanti buat pening kepala sebab bebudak ni kalau dibagi pilihan memang semua diorang nak. Jadi ibunya bawa satu kedai je, dan tengokla mana-mana yang korang berkenan.

sama saiz kasut ibu

Memula kami pegi bahagian kasut kanak-kanak. Cantik design ni, oklah dengan harganya. Lepas tu tengok saiz bebudak ni mana ada, sebab yang paling besar saiz 4 je. Kaki diorang ni boleh tahan besarnya dah sama dengan saiz kasut ibu rupanya!!! Haishhh hari-hari tengok diorang ni tak sangka anak-anak saya sudah besar panjang. Then salesgirl tu kata cuba tengok bahagian kasut dewasa dan ambil saiz yang kecil. Ha ada satu design ni memang cantik dan sesuai untuk anak-anak saya ni.

Kasut Najiha

Memasing dah pandai memilih, nak ikut citarasa diorang sendiri. Oklah yang si adik nak warna hitam, yang kakaknya nak warna pink. Yelah ikutla, amik je, ibu belanja ;). Yang terkejutnya diorang berdua test kasut tu saiz 6 tapi ketat!!! Lepas tu try saiz 7 pulak, eh eh eh sesuai dengan diorang. Dah sama saiz dengan kasut saya lah!! Hemoi hemoi dah besar anak ibu. Yang si adik tu kakinya lebar, tu yang ambil saiz besar sikit, kakaknya tu pula memang spesis tapak kaki panjang macam ibu dia ;).

BACA  Selamat Hari Lahir Adam
Kasut Alia

Kasut ni ada 4 warna dan harganya RM49.99 sepasang, beli 2 pasang dah RM100. Sekarang ni diorang ada promosi, dengan pembelian melebihi RM90 akan dapat voucher RM50, dan boleh digunakan untuk next purchase dengan minimum pembelian RM100 dalam satu resit. Ish banyakla pulak nak kene beli kan. Simpan aje voucher tu untuk next purchase, ingatkan ibu dia nak jugak beli kasut sepasang ;).

Ha settle bab kasut, lepas ni nak cari tudung dan baju raya anak pulak. Maknya tu pakai je apa yang ada ;).

8 thoughts on “Saiz kasut anak dah sama dengan ibunya”

  1. Amboi amboi. Cantik kasut tu. Betul tu jun. Bln pose ni mls nk sesak sesak sopink kan. Akk bulan april hr tu dh settle. Cuma tgal baju raya nabila je belum siap. Lain dah selesai.

  2. Hamboiiii… dah besar dah anak dara dia ekkk… kasut dah boleh gilir2.. jangan buat org comfius sudah.. mana mak, mana anak.. haha

Leave a Comment

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: