As salamualaikum
Alhamdulillah, diberi peluang lagi kita untuk sama-sama menjalani ibadah bulan puasa untuk tahun ini. Semoga amalan kita diterima olehNya, dan diberi kekuatan untuk meningkatkan ibadah dan sentiasa tawaduk dalam setiap amalan yang kita lakukan. Cepat betul masa berlalu kan, pejam celik pejam celik kita sampai lagi ke bulan Ramadhan. Dan semoga ibadah kali ini lebih baik dari sebelumnya.
Juga 4/6/16 yang lepas merupakan Anniversary saya dan suami yang ke 12 tahun. Alhamdulillah 12 tahun melayari bahtera rumahtangga, ada gembira dan duka, tawa ria juga nestapa, ish teruk benar, takdelah ;).
Adat berumahtangga memangla begitu, sekarang bila masing-masing sudah meningkat usia, saya cuba perbaiki kelemahan dalam perhubungan, begitu juga suami. Hidup ini tak lama, perjalanannya singkat, kita tak tahu siapa yang akan pergi dahulu, dan oleh itu, masing-masing ingin berikan yang terbaik untuk kebaikan bersama.
Gaduh-gaduh manja itu lumrah kan, tapi memasing tahu cara nak berbaik semula dan bersatu hati. Malu kat anak-anak mak pak gaduh depan diorang, pandai cakap kat diorang, adik beradik jangan gaduh tapi kalau kita pulak tunjuk contoh tak bagus macamana pula kan. Oleh itu, bergaduhla secara menyorok-nyorok, ehh???? hahahahahha.
Korang sahur apa tadi? Saya biasalah bersahur dengan nasi, sudah semestinya, Dzar masih menyusu badan, harap-harap bertahan untuk menyusukannya sehingga berbuka. Lagipun Dzar dah makan nasi dan nestum, jadi takdelah nak menyusu je setiap masa.
Alhamdulillah anak-anak dara lengkap berpuasa sehari semalam, cuma anak teruna separuh hari je, takpelah pelan-pelan ya, moga kita semua menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya ;).
happy 12th anniversary…moga bahagia hingga jannah..slamat berpuasa aju
Selamat Berpuasa juga saya ucapkan buat Puan Aju Mohit dan keluarga… Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap disepanjang perkenalan kita secara online…
Slmt berpuasa Aju dan tahniah atas sambutan ulang tahun perkahwinan yg baru je berlalu. Semoga diberi keberkatan dan kebahagiaan hidup berumah tangga..
selamat berpuasa aju
Selamat berpuasa Aju & family. Happy wedding anniversary. Smoga kekal bahagia till jannah.
happy anniversary dan selamat berpuasa utk aju sekeluarga
Selamat berpuasa Aju