7 Idea Kek Cawan “Buatan Malaysia” Yang Menjadi Pilihan
Sekarang ni, sambutan hari jadi bukan saja melibatkan majlis, tetapi lebih kepada “adakah ini menarik untuk dimuat naik di Instagram?”
Sebab itulah ramai orang yang lebih gemar untuk tempah kek cawan untuk majlis hari jadi. Hiasan yang cantik pada kek yang kecil molek ini sangat sesuai untuk majlis seperti ini. Berbeza dengan kek hari jadi yang bersaiz besar, kek cawan tidak perlu dipotong untuk dibahagikan kepada 20 orang tetamu. Hanya ambil satu dan makan!
Kek cawan boleh dihias dengan pelbagai cara mengikut imaginasi anda. Bergantung kepada tahap kreativiti pembuat cake tersebut! Dan ini adalah beberapa idea kek cawan oleh pembuat kek dari Malaysia yang pasti akan buat anda jatuh cinta!
1. Kek Cawan Bunga Pelangi

Sumber: Kak Sal Kueh
Kek cawan yang mempunyai 3 warna ini akan menceriakan mana-mana majlis. Nampak cukup menarik apabila krim mentega berbentuk ros itu menghiasi kek cawan perisa vanila. Kombinasi warna kuning cerah, merah jambu dan biru ini buat anda rasa seolah-olah anda sedang makan pelangi.
2. Kek Cawan Buah-Buahan Yang Elegan

Sumber: Dolce Cupcakes
Siapa kata yang kek cawan hanya boleh dihias dengan krim mentega yang berperisa dan gula tabur sahaja? Anda boleh hias kek cawan dengan buah-buahan juga! Apabila digandingkan pula dengan krim mentega dan bunga fondan, kek cawan anda akan kelihatan elegan dan menarik.
3. Kek Cawan Istimewa Dengan Cetakan Gambar

Sumber: Mrs. Olsen’s Delights
Untuk memberikan ciri eksklusif, anda juga boleh mencetak gambar untuk diletakkan di atas kek cawan. Gambar tersebut akan dicetak pada kepingan aising menggunakan dakwat bergred makanan. Jadi anda tak perlu risau kerana ianya selamat dimakan. Hiaskan kek cawan itu agar ia kelihatan seperti negatif filem dan gandingkannya dengan krim mentega berwarna pic untuk kelihatan vintaj. Pasti menarik!
4. Untuk Peminat Kereta

Sumber: The Flour Chemistry
Dihias secara teliti dengan jenama kegemaran akan buat Si Dia terasa mewah. Saya yakin dia pasti rasa sayang untuk makan kek cawan itu!
5. Kek Cawan Feminin dan “Sweet”

Sumber: Niza’s Creation
Tidak mahu gambar yang dicetak pada aising atau lapisan fondan? Hiasan yang ringkas dan menarik menggunakan krim mentega perisa coklat pada kek cawan perisa coklat adalah pilihan yang bagus juga. Sesuai untuk majlis hari jadi anak perempuan kerana semua kanak-kanak sukakan coklat!
6. Kek Cawan Bertema Star Wars

Sumber: Eats & Treats Bakery
Kek cawan yang dihias dengan gambar yang boleh dimakan ini sangat sesuai untuk peminat Star Wars. Ditambah dengan krim mentega berwarna disekeliling gambar, anak-anak anda pasti suka jika kek cawan ini dihidang di majlis hari jadi mereka. Biar kawan-kawan mereka pilih watak kegemaran masing-masing dan “may the force be with them”.
7. Untuk Si Fashionista

Sumber: Shaniel Cake Artistry
Kek cawan yang dihias untuk penggemar fesyen ini pasti akan buat anda terkesima! Cantik sungguh hiasan fondan seakan tas tangan dan barang kemas yang diletakkan pada kek cawan ini kan? Dan lihatlah manik seakan mutiara yang disusun pada fondan berwarna putih dan hitam itu. Kawan-kawan anda pasti tidak akan berhenti mengambil gambar hasil kerja seni ini.
Majlis anda tidak akan sempurna jika tiada kek cawan yang ditempah khas daripada pembuat kek tempatan. Berita baiknya ialah, anda boleh buat tempatan kek mengikut citarasa anda di RecomN.com.
Untuk membuat tempahan, anda hanya perlu beritahu perisa dan jenis hiasan yang anda suka, serta bilangan tetamu yang akan hadir. Dalam masa beberapa jam, beberapa orang pembuat kek akan hubungi anda, dan anda boleh bandingkan harga dan kerja mereka. Sangat mudah!
rupa-rupanya cupcake ni boleh buat macam-macam rupa ikut kreativiti kita sendiri..cantik-cantik cupcake kat gambar atas ni. nak makan pun rasa sayangl
Comey-comeynya Kek Cawan… Rasa sayang pula nak makan… Boleh jadikan sebagai hiasan ni…. 😉
lama dh tk deco2 kek cawan…5thn lps mmg rajin juga buat
adoi, kreatifnya jadi lapar plak.
Semuanya cantiklah Aju, kalau macam ni mmg habis cepat dari sebiji kek..hehe
nampak macam sedap aje kek cawan tu.
Rupanya ada tempat tempahan utk buat ni..lebih mudah..