November 27, 2020

Bye bye Kuala Lumpur, welcome to Shah Alam

Bye bye Kuala Lumpur, welcome to Shah Alam | Hari ini hari ketiga saya bertugas di pejabat cawangan Shah Alam. Akhirnya masa yang ditunggu tu tiba jua. Sekian lama menghitung bulan, minggu, hari dan masa tibalah jua saat yang dinantikan.

Beli rumah di Shah Alam

Allah memang perancang dan penentu yang maha hebat. Sebelum beli rumah di Shah Alam ni dulu kami tawakal aje sebab sukakan suasana persekitaran dan kemudahan infrastruktur yang berdekatan. Walau saya terpaksa berkorban bangun awal dan keluar ke kerja pagi-pagi untuk meredah jem melekat di Kuala Lumpur.

Berita gembira

Alhamdulillah setelah setahun menetap di rumah Shah Alam. Saya dikhabarkan berita gembira yang mana ofis ni bakal melebarkan lagi sayap mereka dengan membuka lagi cawangan di Seksyen 14, Shah Alam.

Bila bos tanya siapa nak mohon???

Sepantas kilat tangan ni menyambutnya ;), bersungguh kan?. Hohoho dalam hati adalah berbunga-bunga…

Bye bye Kuala Lumpur
Serba baru 😉

Pagi-pagi dah keluar rumah

Jika dahulu saya bertolak jam 6:30 pagi, hantar baby Dzar ke rumah pengasuh. Kasihan tengoknya masih sedap dibuai mimpi, dah kene angkut ke rumah uminya. Sejak umurnya 2 bulan lagi, itulah rutinnya.

Tujuan keluar awal sebab nak meredah jem dan juga nak berebut parking. Serabut kepala bila parking penuh dan mengggagau nak cari parking lain sambil nak u-turn dan lalu jem lagi. Owhh stress!!!

Lagi stress kalau suka-suka parking, balik kerja dapat surat kat cermin kereta. Apalagi kalau bukan saman DBKL. Terbaik sangat!! 😆

Keseronokan pindah Shah Alam

Sebaliknya, apabila dalam 3 hari ni dah boleh keluar lewat jam 7:30 pagi. hantar kakak abang ke sekolah, dan masih sempat sampai ke pejabat sebelum jam 8:30 pagi.

Parking pula depan pintu opis dan tak perlu nak berebut bagai. Owh syukurnya!!! Alhamdulillah ini semua rezeki dari Allah, dan memang kami semua gembira dengan ketentuan ini.

farewell party
Love uols forever
Tq friends

Terpaksa berpisah dengan Besties

Namun disebalik kegembiraan tu, terselit juga kesedihan yang mana saya berjauhan dan terpisah dari kawan-kawan lama. Dah 8 tahun saya bekerja di Opis KL, juga selama itulah hubungan saya dan rakan-rakan seperjuangan menempuh suka duka gelak tawa.

Mau tak sedih sebab mereka itulah kawan bercerita dan mengadu semua hal. Susah senang bersama!!! Tak pernah nak berkira dan kalau ada masalah pastinya kami sentiasa bersama.

Bye bye kuala lumpur
Kami berdua ke Shah Alam
Moga kita akan terus happy begini

Perpisahan itu memeritkan

Hari terakhir di HQ merupakan saat yang tak boleh nak dilupakan. Semua orang ambil kesempatan ni untuk makan bersama dan rupanya mereka ni dah plan untuk kami berdua yang nak berpindah ni. TQ korang!!

Sayang korang dunia akhirat!! Terlalu banyak kenangan kita bersama, orang kata KL Selangor bukanlah jauh, lagipun nanti saya perlu ke KL juga untuk meeting dan sebagainya. Hahaha walau begitu, bila berjauhan hati tetap terasa sunyi dan rindu hilai tawa bersama.

Bye bye Kuala Lumpur

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

5 thoughts on “Bye bye Kuala Lumpur, welcome to Shah Alam

  1. Dah berpindah kerja dekat tempat barulah sekarang ni yer…. Dengana adanya suasana kerja tang baru, persekitaran kerja yang baru dan rakan sekerja yang baru…. Semoga semakin bersemangat bekerja di tempat baru…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: