Pssttt saya nak bagitau yang Lazada akan mengadakan promosi dan diskaun hebat iaitu “Big Baby Fair” yang berlangsung dari 27-31 Julai 2016 yang mana diskaunnya sehingga 80%. Lazada merupakan gedung membeli belah online yang menawarkan pelbagai produk dan memberikan anda keselesaan untuk membeli tanpa perlu bersesak.
Menarik kan?
Dan untuk itu pertama kalinya saya mencuba produk lampin bayi Mamy Poko yang diterima dari pihak Lazada. Membeli belah secara online memang mudah tanpa bersesak dan penghantarannya pula cepat.
Jenama Mamy Poko sememangnya dikenali dan rata-rata pengguna memberikan komen positif kepada lampin bayi ini. Baik dari segi kualiti, material dan daya kadar serapannya yang tinggi.
Apabila saya mencuba dan menggunakanya pada Baby Dzar, ternyata ianya begitu selesa dan memberikan perlindungan berkesan. Lihat sahaja ciri-ciri utama yang ada pada lampin bayi Mamy Poko.
1) Tape yang digunakan tidak ketat dan selesa di badan bayi
2) Tape kedutan bergetah sangat fleksibel dan muat di sekeliling pinggang bayi
3) Pelindung yang fleksibel dan bebas pergerakan di peha bayi
4)Menyerap maksimum sehingga 12 jam
Walau selasak lama pergerakan Dzar, lampin ini memberikan keselesaan maksimum tanpa kebocoran, tiada ruam dan tidak melecet. Semua ciri yang ada pada lampin ini terbukti berkesan dan anda tidak perlu risau dengan kualiti produk Mamy Poko ini.
Alah membeli menang memakai, sepertimana yang kita maklum harga lampin bayi Mamy Poko agak mahal dan pada saya jika dibandingkan dengan kualitinya, harga bukanlah isunya lagi. Dan jika anda lawati laman web Lazada, harga yang ditawarkan amatla berpatutan dengan adanya diskaun hebat ini. Pastikan lampin yang dipilih bersesuaian dengan saiz bayi dan anak anda.
Lawati laman web Lazada sekarang atau klik sahaja banner di atas untuk terus menikmati penjimatan berganda dalam membeli keperluan bayi dan anak anda. Saya juga tidak melepaskan peluang sebegini untuk memastikan saya menyediakan keperluan anak-anak pada harga yang berpatutan. Apa tunggu lagi, jom bertindak sekarang ;).
Anak-anak saya sememangnya pakai mamy Poko sejak lahir lagi… Penah cuba pakai pampers lain, tapi kulit mereka tak tahan… Tapi setakat ini, belum pernah lagi beli Mamy Poko dari jepun ni… Macam best jer…
mamy poko antara diapers terbaik di pasaran..
tak pernah pakai mamy poko..sebab harga dia boleh tahan..hehehe…
Susah juga nak cari parking ni
Mamy poko memang mahal compared to others tapi kualitinya bagus
apa yang ketara sangat murah kat lazada ni berbanding kat kedai adalah drypers..kalau tengok pun barang paling bestseller kat lazada ni ialah drypers