Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Dzar Harith
Allah selamatkan kamu…..
Syukur pada Allah Dzar sudah mencapai umurnya 12 bulan. Teringat lagi tarikh 25 Julai 2015 jam 11.25 pagi di Tropicana Hospital, saya selamat melahirkan baby Dzar secara normal. Kembar darah kekdahnya, dan sememangnya sakit menahannya selama berjam-jam. Walau begitu, kesakitan semuanya hilang tatkala melihat wajah Dzar yang sangat putih melepak tu.
Dzar anak yang baik dan mudah dijaga. Teringat lagi saat selepas pulang dari hospital, malam pertama di rumah, Dzar berjaga dari malam ke pagi kerana tak puas menyusu, Alhamdulillah malam kedua dan seterusnya susu semakin banyak dan Dzar kenyang dan lena tidurnya. Biasalah berjaga 2/3 jam sekali menyusu, lumrah bayi memang begitu. Walau siangnya Dzar tak berapa lena nak tidur, tapi syukur malam-malam memang thorbaik tidurnya lena dan seakan memahami ibunya yang perlukan rehat yang cukup.
Sekarang ni Dzar dah boleh bertatih setapak dua. Takpe anak-anak saya semuanya memang macam tu, setahun lebih baru boleh berjalan dengan lancarnya :). Tapi mulut memang bisinglah si kecik tu, peramah dan mudah tersenyum. Siapapun yang datang menegur pastinya dibalas dengan senyuman, lepas tu sure semua orang cakap, bagusla dia nyenyum je, nyenyum je dia hahaha comel!!!
Kalau perasan muka Dzar ni macam cina sikit dan berkulit putih. Kalau nak tahu, nenek belah mak saya ni Chinese, menurun kat cucu yang sorang ni. Anak saya yang lain tu tak mengikut pun, yang sorang ni je nampaknya “Chinese look”. Ada jugak pewarisnya kan hehehe. Tetiba teringat masa mengandung dulu suka benor nengok citer Running Man, dah kenan pula kat anak yang sorang ni :), sib baik encem hahaha.
Oklah ibu harap semua anak-anak ibu sentiasa gembira dan menyenangkan semua orang. Semoga dipanjangkan usia, sentiasa sihat-sihat, berjaya di dunia dan akhirat. Semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah dan sentiasa mengingati antara satu sama lain. Ibu abah sayang kamu semua ketat-ketat ;).
cpt je kn..dh sethn..happy birthday dzar..smoga jd ank yg soleh
Laaaa… Dah setahun ker dzar. Kejapnya. Rasa macam baru jer lagi.
Happy birthday to you handsome. Semoga membesar sebagai anak yg soleh.
huhu..slmt hari jadi…
alalalala comelnya baby dzar.. happy birthday yea!
Oh peminat robocar poli ya, selamat hari ulang tahun baby dzar