I-Angle Baby hip seat carrier yang ringan dan selesa
Sejak dari lahir, anak saya Baby Dzar ni jenis yang tak suka duduk dalam walker dan stroller. Dahla kalau nak kemana-mana kene dukung dan kendong Dzar secara bergilir.
Kejap kang saya pass kat anak saya Alia, kejap pass kat Najiha, lepas tu pass pulak kat suami. Lenguh tangan dibuatnya, jadinya memang bercinta kalau nak keluar berjalan tu.
Dah lama terfikir nak beli baby carrier, tapi baby carrier pun kene tengok jenama daan material juga, ada tu tak selesa untuk baby dan juga sakit belakang si ibu dan ayah yang mengendongnya.
I-Angle Baby hip seat carrier
Ha kali ni saya nak review satu produk baby carrier yang saya telah cuba dan Alhamdulillah memang selesa dan tidak menyakitkan bayi mahupun mereka yang mengendongnya.
Korang pernah dengar jenama I-Angle? Jenama ini berasal dari Korea dan rata-rata ibubapa di sana dan di seluruh dunia memberikan reaksi positif kepada produk ini.
Yelah kalau benda selesa memang semua orang pun puashati kan. Ia sesuai digunakan untuk bayi berusia seawal 3 bulan sehingga 36 bulan, atau maksimum berat 20kg. Ia sememangnya mudah untuk digunakan dan pastinya mudah untuk dicuci. Materialnya 100% cotton organik yang lembut dan berkualiti yang amat sesuai dengan kulit bayi.
Sekarang ni kalau nak keluar berjalan, kitorang dah takde masalah dah. Dah tiada alasan malas nak berjalan sebab lenguh tangan dukung baby. Dengan adanya I-Angle baby carrier ni, mudah sungguh nak kemana-mana.
Tak perlu bersesak dengan menolak stroller di tempat yang sibuk. Biasa kan kita nak beli barang, then nak letak stroller kat bonet. Kalau stroller bulky memang akan makan space kan.
So nak mudah mesti kena ada satu baby carrier ni. Memang settle isu stroller ni haha. Tak payah fikir stroller dah. Dan pastinya baby dekat di hati ibu dan abahnya :).
I-Angle Baby hip seat carrier boleh digayakan dengan beberapa cara. Memang mudah mengikut keselesaan ibu bapa. Yang pasti, ianya tidak melenguhkan badan jika bayi dikendong untuk jangka masa yang lama.
Kiranya kalau kita nak shopping tu ambil masa berapa jam pun takpe. Ini merupakan pengalaman saya sendiri ketika keluar shopping di UpTown dan shopping mall ketika mencari baju raya untuk kami sekeluarga.
Tutorial guna baby hip seat carrier
Jika lihat kepada tutorial di atas, ianya mudah untuk diguna dengan pelbagai cara. Penting ya untuk memastikan keselesaan baby agar tidak berlaku kecederaan pada bahagian peha dan badannya. So far memang saya puas hatilah dengan carrier ni.
Senang nak handle. Tak perlu dah saya nak tutup dan pasang stroller yang berat tu. Sangat jimat masa. Dan paling best dah settle masalah baby saya yang tak suka duduk dalam stroller ni.
Pheww hahaha. Sampai bergaduh-gaduh tau. Mujurlah jumpa produk carrier ni. Lepas tu pulak, alat sokongan yang ada pada carrier ini memang terbukti selamat untuk dipraktikkan dan amat mudah digunakan.
Harga baby hip seat carrier
Harga I-Angle Baby hip seat carrier adalah dari RM550 ke RM970 mengikut corak dan warna. Serius berbaloi membelinya dan tak menyesal.
Bagi yang merancang untuk menimang cahayamata, dah boleh mula start menabung untuk membeli hip seat carrier ni. Memang sangat praktikal dan memudahkan.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang carrier ni, bolehla layari laman web mereka dan follow facebook bagi mengetahui promosi terkini.
https://www.facebook.com/iangelMalaysia/
http://www.i-angel.com.my/
Cantik Baby carrier ni… Alhamdulillah, setakat ini saya dah memiliki 2 baby Carrier sepanjang memiliki 4 orang anak… Baby terbaru ni baru pernah sekali jer guna Baby Carrier… Senang nak bawa anak-anak pergi berjalan dengan menggunakan Baby Carrier ni…
Memang best carrier nih. ADa mcm2 function.
salah satu ciri memilih baby carrir ni adalah ringan dan selesa.sebab tak nak la rasa penat je bila angkat baby ni.
anak ema letak dalam walker memang terus menangis… dalam stroller okey lagi…pakai baby carrier tak lenguh badan bawa anak.
Tgok product ni terus rasa nak beranak lagi..#eehhh…hehehe..alah membeli menang memakai kalau kualiti superb kan…