Hari ni dah pun masuk raya ke 6, Alhamdulillah raya tahun ni kami beraya dengan ahli keluarga baru. Baby Dzar yang sudah menginjak 11 bulan umurnya. Dah mula bertatih dan mulutnya pun dah sama bising dengan kitaorang dan sibuk nak berborak sama. Banyak dah kepandaiannya, geram tengok sebab semakin hari semakin comel :).
Seperti kebiasaannya, raya kami suami isteri di Pahang, jiran sahaja kami ni. Tak susahlah kata orang nak beraya rumah yang mana. Pagi raya boleh berada di dua-dua rumah, kalau tak rumah saya, di rumah mertua, begitu juga sebaliknya. Seperti kebiasaan juga, saya yang menganyam daun ketupat. Dan lazimnya kami rebus beras pulut dalam daun kelapa tu. Barulah feel raya :). Tahun ni kakak saya beraya di rumah mertuanya di Kelantan, kurang meriah bila teman bergossip kurang seorang. Syukurlah turn adik saya beraya di Pahang tahun ni, kalau dua-dua takde mati kutulah saya dan mak :). Bila beraya memasing punya turn beraya di rumah sendiri dan mertua, diorang ni pandai adjust supaya saya dan mak ada peneman nak memasak dan melayan tetamu :).
Tema kami tahun ini adalah purple. Senang sangat nak cari warna purple, dan saya memang suka color blocking. Takdelah nak purple dari hujung rambut sampai hujung kaki. Suami dah tegur awat gitu? Inilah fesyen bang hahahaha. Lelaki memang tak berapa nak faham tentang semua ni kekekeke.
Di pagi raya tak sah kalau tak bermaaf-maafan bersama keluarga. Ini mak mertua saya, di rumah mak saya pun bermaafan juga tapi biasalah mak aii pemalu sikit hahahha. Next time okay!! hahahha
Dan tahun ni kami nak buat throwback sikit. Ambil gambar di rumah mertua dan ikut gaya yang dulu tu. Wah meriah ko, susah tau nak snap moment semua orang happy sambil jeling kat kamera. Tengokla saja si Dzar tu, dah ke mana ntah ditengoknya. Bila dah ramai anak-anak ni, mak pak pun takleh nak bergambar serapat seperti dahulu hihi. Mengah si suami dukung si Adam tu, yelah dah besar kan, dah tembam pun ya, kuat makan!!!
Seronok kan tahun ni kita cuti beraya seminggu lamanya. Puas beraya dengan adik beradik dan mak tercinta. Memang riuh rumah mak dengan cucu-cucunya. Mak saya ni jenis tak kisah cucu-cucunya balik dan hiruk pikuk suasana. Sebab nanti mak tahu semua tu tak lama, bila sorang-sorang balik ke KL, suasana sunyi kembali. Mak tak pernah bising cucunya menyepah rumah, malahan kami mak pak ni yang bising suruh anak-anak kemas semua benda yang disepahnya tu. Dan mak macam biasa “biarlah diorang nak main, nanti komeh semulo”. Mak tetap mak, kalau kekecik dulu, kami wat sepah sikit mak dah bising, tapi kali ni mak kalah dengan cucu-cucunya hahahha. SAYANG MAK SAYA KETAT-KETAT.
selamat hari raya
Cantik baju raya… Sedondon sekeluarga… Selamat Hari Raya Aidilfitri… Maaf Zahir dan batin…
cantik semua sedondon, selamat hari raya sis
Selamat hari raya aju & family. Cantik kaler purple.