Saya yakin setiap orang pastinya akan memastikan benda yang perlu ada dalam bag anda pastinya kunci kereta, handphone, tablet dan pastinya powerbank. Di zaman teknologi serba canggih ni handphone merupakan alat komunikasi terpenting, semestinya untuk menghubung yang jauh di samping menggunakan aplikasi waze atau google map, facebook, whatsapp, instagram, sms dan sebagainya.
Jika sudah berjam-jam menggunakan handphone semestinya ianya perlu dicas semula bagi memastikan baterinya sentiasa tersedia untuk digunakan dan mengelakkan disembur dengan pasangan gara-gara kehabisan bateri dan tidak dapat dihubungi hahahaha. Begitu juga jika saya bekerja dan mengadakan site visit, saya akan pastikan powerbank mesti dimasukkan ke dalam beg. Rasanya iphone ni memang jenis kuat makan bateri, haishh kekdahnya memang selalu standby powerbank la.
ABS Powerbank pilihan saya
Powerbank pilihan saya adalah powerbank ABS yang mempunyai kapasiti 15,000 MAH dan berharga hanya RM179. Memang saya berpuashati dengan prestasinya setakat ni. Kata orang alah membeli menang memakai.
walau harganya sebegitu namun ianya boleh mengecas gajet berkali-kali. Tak perlu risau kerana ianya mempunyai jaminan 2 tahun (1 to 1 exchange) dan didatangkan denganwayar kabel untuk mengecasnya.
Juga ianya mempunyai 2 output yang boleh mengecas 2 gajet dalam satu masa. Memang tak kisah nak berebut kalau gajet anda sama-sama dengan gajet lain habis ‘nyawa’, dan apabila kita menggunakan atau mengecas semula powerbank ini, anda akan melihat lampu birunya menyala yang mana memberitahu kapasiti powerbank tersebut.
Nak tahu di mana anda boleh mendapatkan powerbank ABS ini? Anda boleh merujuk ke Where To Buy untuk maklumat lebih lanjut. Dan berita baik untuk anda kerana sepanjang bulan Ogos 2016 ini, pihak 11 Street mengadakan Jualan Merdeka sehingga 31 Ogos 2016 dengan potongan harga sebanyak 30%!!! Apa tunggu lagi sila klik laman web 11 Street http://bit.ly/ABS_11Street sekarang untuk menikmati diskaun tersebut. Saya puashati dengan powerbank ni, korang patut mencubanya ;).
Info : Untuk pengetahuan anda, syarikat C Two Gadget merupakan pengedar tunggal untuk produk ABS Malaysia.
Hmmm.. power bank memang satu keperluan sekarang ni.. dapat gunakan power bank untuk charge 2 handphone sekaligus memang berbaloi..
Cantik plak powerbank Aju tu…