Event Uniqlo Kids Lego di One Utama | Jenama pakaian Uniqlo bukanlah jenama yang asing di pasaran fesyen negara. Jenama yang berasal dari Jepun ini menampilkan pelbagai rekaan menarik sesuai dengan gaya, tahap umur, yang mana mementingkan keselesaan dan sesuai dengan iklim di negara kita.
Uniqlo menawarkan pilihan pakaian kepada semua peringkat umur dari golongan dewasa hinggalah kanak-kanak. Material yang digunakan pula sangat selesa, berkualiti tinggi, gaya rekaan menarik dengan harga yang berpatutan.
Kini mereka pelbagaikan produk dengan “UNIQLO Kids Collection” yang mana warna dan rekaan yang ditampilkan sangat menarik, ceria dan stylish.
Baru-baru ini saya dan anak-anaksama-sama memeriahkan event Uniqlo Kids Lego UT, yang diadakan di Uniqlo, One Utama. Kanak-kanak dan lego memang ibarat lagu dan irama hahahaha. Bila bagitau nak pergi main lego, semuanya mudah aje nak bangun pagi.
Dan sudah pastinya sewaktu event tu berlangsung, diorang sangat gembira danteruja sepanjang masa. Mana taknya, setiap kanak-kanak yang ada di event tu, masing-masing diberikan satu set lego dan buku manual. Dan mereka diminta untuk memasang lego mengikut tema yang diberikan.
Alia dan Adam ditugaskan untuk bina lego Paper Crinkler dan Najiha pula perlu bina lego Windmill. Uishh debor mak pak kat tepi ni, tapi Alhamdulillah walaupun begitu mereka dapat juga menyelesaikannya sendiri. Hahaha kak long kawasan ada, dialah yang tolong adik-adik baca manual, saya kat tepi ni bantu juga serba sikit hihi.
Selesai membina lego, it’s shopping time!!! Nampaknya tema t-shirt kanak-kanak kali ini berkonsepkan lego. Hmmm memang rambang mata memilih rekaan yang berkenan di hati. Anak-anak pun tak tahu nak pilih corak yang mana mereka inginkan. Tengok tu, amboi sampai pening nak pilih ya, mana taknya semuanya cantik-cantik belaka. Materialnya lembut, sejuk dan sangat selesa.
T-shirt ini bukan setakat hanya boleh dipakai di rumah, tetapi juga boleh dipakai ketika aktiviti outdoor, keluar berjalan dan juga ke akitiviti sekolah. Ianya mudah untuk disuai padankan dengan pakaian yang lain. Materialnya sangat ringan, menyerap peluh dan sesuai aktiviti yang lasak. Ianya mudah untuk disuai padankan dengan pakaian lain mengikut citarasa dan keselesaan anda.
Untuk korang yang nak tahu lebih lanjut tentang produk Uniqlo ni bolehla ikuti Facebook dan laman web mereka. Ikuti promosi terkini dan jangan ketinggalan untuk melihat koleksi terkini mereka. Â #uniqlomy #uniqlolifewear #myuniqlokids
Facebook :Â https://www.facebook.com/uniqlo.my/
Website :Â http://www.uniqlo.com/my/store/
Bestnya… Dekat One Utama ke? Takderlah jauh sangat… Kalau dapat tahu awal, boleh pergi ni…
Bestlah anak2 dapat main lego. Pastu shopping baju ☺☺
Wahhh… macam nak belikan untuk anak je.. mesti diorang happy ni..haha
For ѕecurity, set up the gate to make sᥙre that it turns toward the landing, not out over the staiгcases.
Memang seronok ni bwa anak2….