Aha kalau cerita bab makan ni sememangnya saya suka, memang mengancam dan kekadang terancam juga :). Syukurlah ada food review lalu terus saya dapat mengupdate blog dengan jayanya :). Ini first time dapat join food review, sebab apa? Sebab dekat benar dengan rumah kekdahnya. Kalau jejauh ni memang saya tak joinla, mana nak tengok jadual husband free ke tak, mana nak bawa anak-anak sekali kan. Jadi bila dah namanya rezeki, memangla saya tak menolak.
Dominos Pizza memang nama yang sinonim dengan kita yang sukakan pizza. Ada beberapa jenama pizza di luar sana, tapi Dominos ni selalu menjadi pilihan kami kerana roti pizzanya yang lembut dan menawan :). Lihatlah pilihan pizza yang ada, memang bisa merembes ailio sesiapa yang memandangnya. Kita ni perut melayu, jadi sesekali bolehla layan kan, nak pula diorang dah keluarkan menu pilihan baru, lagilah meronta-ronta kami nak mencubanya :).
Menu yang dimaksudkan adalah Fabulous Four yang menjadi pilihan para pelanggan Dominos Pizza. Menu side dish ini, selalu dipilih oleh pelanggan yang makan di sini. Jadi pihak Dominos dengan berlapang dadanya telah membuat satu menu khas yang dipanggil Fabulous Four ini untuk memenuhi citarasa anda.
Roasted Chicken Drummets, DOMINO’S Cheesy Mozzarella Stix, Garlic Cheese Onion Rings dan DOMINO’S Mini Cinnadots itulah yang terkandung di dalam Fabulous Four ini. Menjanjikan sesuatu yang pasti memberi impak kesedapan kepada anda yang menikmatinya. Harganya hanyalah RM19.90 dan tawaran menarik ini sedang berlangsung tau.
Sedap, enak dan menjilat jari-jemari. Anak-anak saya sukakan drum stick tu, siap kene order dan tapau bawa balik rumah. Pendek kata semuanya memenuhi citarasa semua. Citarasa kita semua adalah sama ya :), pastinya yang sedap tu akan dimakan berulangkali.
Jom tengok sekali imbas pilihan pizza di Dominos, ahaiii merembes ailio kekdahnya :). Saya paling suka kalau cheese nya tu meleleh-leleh, ahai makan tak berhentilah jawabnya :). Anak yang sulung memang mengikut saya, tapi yang nombor 2 tu, masuk je cheese dalam mulut dah nak muntah pulak dia :), takpe-takpe no hal, ibu boleh makan untuk kamu :).
Oklah cerita banyak pun tak guna, kalau anda nak menikmati menu ini kunjungi sahaja outlet dominos terdekat dan untuk keterangan lanjut bolehla layari website https://www.dominos.com.my/.
mmg syok pegi food review..nk2 bole bw family smua…fav juga dominos
Bestnya dapat makan Dominos Pizza…. Dah lama betul tak makan… hehehe
Sedapnya Dominos ☺
Lapo pulak malam2 nie…hehe