November 26, 2020

Hari lahir ke 35, terima kasih atas ingatan

Eh lambat pulak aii update cerita besday hari lahir ke 35 kali ni. Mood malas menebal dalam diri. Alhamdulillah tahun ni dapat lagi menyambut lagi hari lahir yang ke sekian kalinya. Terima kasih suami sebab masih lagi ingat dan tetap menyambut kelahiran saya dan anak-anak.

Kami 6 beranak ni semuanya lahir di bulan berbeza, dan yang bestnya suami tak pernah miss belikan kek dan buat sambutan kecil-kecilan. TQ suami!!! Kami pun tak kisah walau sekecil mana sambutan tu sekadar ingatan tulus ikhlas pun dah mencukupi :).

Kek dari suami

Kek kali ni red velvet temanya. Suami tau saya sukakan cheese, red velvet, jadi dia belikan untuk saya dan anak-anak. Mmhhh sedap sangat!! TQ bang, takdelah kita nak bergambar bersama sebab waktu ni saya dah tidur pun, tetiba dikejutkan dengan laungan nyanyian lagu besday dan kek yang dinyalakan lilin.

Saya yang mamai baru bangun tidur tu tersenyum bila tengok suami dan anak-anak datang menyerbu!! Mekasih, atas kejutan hari lahir ke 35 ni, saya memula ingat suami lupa, jadi saya buat biasa je, sampaila saya tertidur, rupanya time tu diorang pergi beli kek. Pandai sangat korang, ibu adalah sangat terharu :).

tq kawan2
hari lahir ke 35
Org kuat di sebalik surprise ni 😉
Ceria semua 😉

Di pejabat pulak inilah sambutannya, wahh sedang kami semua syok meeting tetiba SURPRISE!!!!! Wahhh surprise sangat ni kengkawan, terkejut mak ni ha sampai tercampak pena saya hahahaha.

Saya tak pernah harap dapat surprise cenggini, bila dah macam ni memang rasa kawan-kawan adalah yang terbaik :). Puji melambung sikit supaya tahun depan diorang buat lebih grand lagi ahahhaha.

hari lahir ke 35
Kek masa dinner pulak 😉

Ini pula surprise dari kengkawan di majlis Hari Raya PUNB 2016. Alhamdulillah terima kasih kengkawan, korang the best!! Risau juga sebab sebelum tu diorang kata nak baling saya dengan telur. Eiii eiii janganlah baling dengan telur, balingla saya dengan handbag ke, barang kemas ke, atau pun shawl baru :). Barulah the best gittewww!!!! hohohoho….

Seiring meningkatnya usia ni, saya sentiasa berdoa supaya diberikan kesihatan yang terbaik untuk sama-sama membesarkan permata hati saya dan suami. Juga dapat berbakti pada mak, adik beradik, saudara mara dan kawan-kawan tercinta. Setiap hari melihat perginya insan mengadap Ilahi, terasa diri ini semakin dekat dengannya. Semoga diri ini terus istiqamah dan mencari cahaya untuk terus bersinar dan menyinar ;).

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

8 thoughts on “Hari lahir ke 35, terima kasih atas ingatan

  1. Selamat Hari Lahir Aju Mohit…. Semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki…
    Untungnya dapat kek yang cantik… 😉
    Hmm… 35 tahun.. Rupanya kita ni sebaya yer… 😉

  2. happy birthday tuan tanah.. moga dengan bertambah usia, diri pun akan bertambah baik dan daapt mencapai segala cita-cita dan impian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: