Wehhh lama betul tak citer pasal aktiviti memasak. Yelah weekend jela pun masak ni, selalunya weekdays masak nasi je dan lauknya masak kat kedai kikikiki. Suami dan anak-anak memang rindu air tangan saya, untuk tak menghampakan mereka, saya terfikir nak masak ketam masak lemak cili api.
Kebetulan singgah di pasaraya beli barangan dapur, terus beli lauk sekali. Ketam ni harganya RM21 sekilo, kami pilih yang saiz XL 2 ekor dengan harga RM15.++. Oklah kan sesekali nak merasa ketam. Hari-hari makan ayam pun jemu tahap gaban juga kan. Dah dapat si ketam, beli juga ikan, tempe dan sayur sikit. Bab masak lemak cili api memang pejam mata pun boleh siap hahahah. Inilah menu paling senang bagi saya dan suami kata saya masak waktu tu cepat betul.
Resepi ketam masak lemak cili api
Bahan – bahan:
- Ketam (lebih kurang 6 ke 8 ekor)
- Segenggam cili padi
- 4 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci kunyit serbuk/kunyit hidup
- Asam keping
- Serai di titik
- Santan secukupnya
- Air secukupnya
- Garam
Cara – cara memasak:
- Kisarkan atau tumbuk cili padi, bawang dan kunyit hidup.
- Di dalam periuk, masukkan air dan ketam bersama dengan bahan yang telah dikisar dan didihkan.
- Masukkan asam keping, serai dan garam.
- Tunggu sehingga ketam bertukar warna agak kemerahan, kemudian masukkan santan.
- Kacau selalu ya supaya santan tidak pecah.
- Perasakan kuah mengikut selera anda.
- Sekiranya tak cukup warna, bolehlah ditambah serbuk kunyit.
- Biarkan mendidih.
- Siap!
Menu sampingan
Sambil masak ketam boleh dah goreng ikan, sambil-sambil nak tunggu ikan garing jelingla sikit si ketam yang tengah mendidih tu. Nasi pula awal-awal dah ditenggek sebelum aktiviti memasak bermula. Hmmm mana tak cepat siap masak kan. Saja saya masak nasi lebih sikit sebab nanti bolehla buat nasi goreng pula ;). Nyum-nyum bila mood memasak datang macam masuk antu pula suka memasak tu ;).
Memang selera betul diorang ni makan sambil si Najiha request nak masak ketam lagi. Insha Allah nanti ada masa ibu beli ketam lagi ya, seronok tengok masakan yang dimasak tu licin. Kuah yang ada pun dihirup, saja saya buat tak pedas sangat dan sesuai untuk santapan bebudak ni. Untuk saya dan suami yang sukakan pedas, saya dah sediakan sambal tempoyak bagi menyelerakan lagi tahap pemakanan kami ;). Memang membuka selera betul ko, ha bertambah-tambah nasinya hahaha.
Sambal tempoyak tu pulak dimakan seiringan dengan tempe dan timun jepun, bolehla fefeeling awet muda makan si tempe tu kan. Suami memang suka benor makan tempe, saya join je, tapi anak-anak kureng sikit. Nak kene pelbagaikan masakan si tempe ni supaya digemari penduduk rumah ni :). Seronok apa bila menu yang disediakan air tangan sendiri licin dikerjakan, puas hati ibu dapat masak untuk keluarga, katanya air tangan itu pengikat hati dan penambat selera keluarga.
sedap2 menu tu
Walaupun cuma dapat tengok gambar je Ketam masak lemak cili api ni… tapi dapat bayangkan betapa sedapnya masakan ini…
Alahaiii… SUmanya sedap². Dah lama tak mengetam.
warna kuning dalam makanan, memang jadi pembangkit selera.. macam masak lemak ni la..
Comfirm… Tetiba rasa lapar ni.. Dan rasa macam lama sangat dah tak makan ketam ni.. Nak kena pegi cari juga ni.. Tapi ketam nipah sedap weiiiiii… Hahaha
Meleleh air liur tgk ketam tu…esok nk pekena jugalah…
Emmm… Lama tidak makan sambal tempoyak… Sedap dan berselra.
Memang berseleralah tgok menu ni…mgkin boleh kongsikan menu masakan ni…