Check up mengandung 18 minggu.
Rutin check up lagi.
Bab pergi check up mengandung memang kami tak pernah miss. Saat ni semua parents pun takkan pernah jemu kan.
Mesti teruja nak tahu tahap kesihatan bayi dalam kandungan dan macamana tahap kesihatan si ibu.
Lemah longlai je rasa badan
Pagi Sabtu tu bangun tidur macam biasa, mandi macam nak pergi kerja. Kalau takde check up, malas aihh nak mandi hahahaha. Selepas solat, saya rasa badan penat dan malas.
Hajat hati nak buat nasi goreng, bekal Najiha pergi rombongan sekolahnya, tapi bila dah malas macam tu saya mampu baring je.
Suami tegur, kenapa ju?
Memang dia heran sebab kalau weekend kerja-kerja rumah akan saya buat satu persatu. Basuh kain, dryer kain, masak sarapan, tapi kali ni pelik pulak, bini dia lemah longlai.
Saya kata badan penat pulak, mampu baring je. Dan mampu goreng keropok lekor je untuk bekal Najiha.
Baca—> Neurogain dan Obical supplement ibu mengandung
Info berguna —> Risiko darah rendah semasa menyusukan bayi
Baca juga —> Sakit tulang punggung semasa mengandung
Biasalah Najiha ok je, janji ada bekal nak ke rombongan tu. Dia memang tak banyak soal.
Bagi duit belanja RM30, dan si abah hantar dia ke sekolah jam 7:30 pagi. Sunyi takde sorang askar kat rumah ni ;).
Check up di Poliklinik An Nisa
Jam 8:20 pagi kami tiba di Poliklinik An Nisa Seksyen U5. Doktor yang saya suka of course dr Shikin, best doktor tu. Banyak bercakap tentang info berguna untuk ibu hamil.
Tak payah tanya, mulutnya sentiasa bercakap semasa sesi check up, tak sempat kita nak bertanya, dia dulu dah cerita.
Masa scan baby pun dia banyak bagi info ukuran kepala baby, perutnya dan peha baby. Baby saya ni tak tinggi orangnya.
Bila ukur kepala dan perutnya tu 18 minggu tapi peha 17 minggu, hmm mesti ikut abah dia ni hahahah.
Bila amik tekanan darah, bacaannya 60/100, patutla ibu lemah longlai je arini, tekanan darah rendah rupanya. Doktor nasihatkan banyak minum air masak at least 2 liter sehari.
Baby sihat Alhamdulillah
Dan bila scan tak niat pun nak tengok jantina baby. Tapi dengan kemampuan mesin ultrasound 2D tu dah mampu nampak jantina baby kami bila doktor sedang melihat jantungnya.
Kedudukan baby pula sedang elok je masa tu, tu yang memudahkan nak nampak jantina. Alhamdulillah, macam dalam jangkaan saya ;), moga baby sihat-sihat sentiasa.
Adam kata ibu ni asyik mengandung je, kan dah cukup kita 3 orang lelaki, 3 orang perempuan, ni dah terlebih.
Hahaha pandai membebel, Abah dia senyum je hahaha. Abah dia kata takpelah, yang ni lah yang akan teman ibu bila korang semua duduk asrama.
Hmm betul juga tu, anak ramai-ramai pun bila diorang dah besar sunyi juga rumah tu nanti. Dah settle check up mengandung 18 minggu.
Inilah vitamin yang saya makan sekarang, obimin untuk tumbesaran dan perkembangan bayi. Nasib baik pink, memang seleralah nak menelannya walau besar macam tu.
Memang kene konsisten untuk makan dan semestinya jangan lupa walau sehari. Katanya ini juga antara vitamin untuk mengelakkan virus zika, nauzubillah.
wah peknen lg..tahniah aju
Bestnya mengandung. Rindu plak nak rasa baby tendang² ☺
Assalamualaikum kak aju. Alhamdullilah rezeki lagi. Taniah ye.. ada tip tak camne nak handle potty training? Hehehehe
Dah scan dah tahniah… Alhamdulillah, Semakin bertambah ahli keluarga puan… Semoga semakin bertambah rezeki puan sekeluarga..
syukur alhamdulillah, semoga dipermudahkan ya
comel ja kalau tengok ibu-ibu mengandung…