Udang galah memang salah satu menu yang popular bagi penggemar makanan laut. Bagi yang sukakan udang galah ini, kini anda boleh menikmati pelbagai menu berasaskan udang galah di The Nai Cafe, Denai Alam, Shah Alam. Berdekatan dengan Lebuhraya Guthrie dan boleh diakses dari susur keluar ke Bukit Subang/ Denai Alam. Memang mudah!! Tempat meletak kereta juga berhadapan dengan premis ini dan memudahkan untuk anda singgah di restoran ini.
Lihat sahaja dekorasi cafe ini, simple dan menarik. Semestinya jika ianya bersih pastinya kita berasa yakin dengan cara penyediaan makanan mereka. Yang pasti mereka juga menyediakan ruang solat bagi kaum muslim. Ini yang saya suka kerana memudahkan untuk menunaikan kewajipan sebagai muslim.
Sedap, lazat dan menyelerakan, itu sahaja dapat diungkapkan sebaik sahaja semua hidangan ini masuk ke mulut. Cukup dengan rasanya, dimasak sempurna dan penuh citarasa. Emm memang tak bercakaplah ketika menikmatinya kerana ingin merasai rasa udang yang segar dan lazat. Masing-masing khusyuk mengopek kulit udang galah yang segar dan besar saiznya ;).
Antara menu udang galah yang disajikan di sini adalah spicy butter cream, masak lemak cili padi, stir fry, sambal tumis, tomyam, kue teow goreng dan nasi goreng udang galah. Harga setiap hidangan yang dikenakan bermula dari minimum RM12.90. Dan ada lagi menu special mereka tau iaitu Fresh Water LOBSTER “UDANG GALAH” dan juga Patin Tempoyak. Aduii kecur ailio tau.
Jadi memang rugi jika anda tidak mencubanya sendiri. Macam saya yang juga penggemar udang galah ni, puashati dengan hidangan yang kami nikmati. Bagi yang anda yang nak datang ke sini, sekarang dah mudah, waze aje The Nai Cafe, anda akan terus di bawa ke alamat di bawah ini:-
The Nai Cafe, No 23-1 Jalan Electron F U16 F, Denai Alam, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
No. Tel: 03-7832 4481
Waktu Operasi: Isnin – Ahad
12.00 tengah hari sehingga 11.00 malam
Fullamak… size udang galah boleh tahan juga besarnya… sekali.datang sini.mesti teringat2 udang galah dalam mimpi..
Fullamak….besar2nya udang dia.mesti puas mkn ni…kna try juga ni…
Terbaik dari ladang.. Salah satu idea bisnes yang bernas!!
Sedapnya ☺
saya tertarik dengan udang galahnya
kelihatannya sedap banget tuh..
wah …udang galah adalah makanan yang banyak mengandung gizi yang tinggi tetapi harga nya pun ya lumayan mahal
wah ….enaknya bisa makan udang galah yang penuh gizi ini