Banyak kali saya berkira-kira adakah saya bersedia nak kongsikan cerita ini atau tak. Permulaannya saya sendiri seperti tidak boleh menerimanya. Seakan tak percaya rezeki ini terlalu cepat buat saya dan suami, seolah-olah kami terasa seperti mimpi. Hari pertama mengetahuinya, saya kekadang terlupa. Saya yang sebenarnya…
V
V
V
V
V
V
Sebaik menyedari saya hamil lagi, saya terus mengucap syukur pada Allah. Bukan mudah kita nak dapat rezeki macam ni, Allah tahu apa yang terbaik buat kami sekeluarga. Suami juga redha menerimanya dengan hati terbuka. Ini kurniaan Allah yang terbaik buat kami. Dan sesungguhnya Allah dah menyusun takdir yang paling terbaik buat kami. Untuk pengetahuan anak keempat saya baru berusia setahun :).
Semasa ujian hamil dilakukan, kandungan saya sudah berusia 5 minggu. Wahh nampaknya dapatlah saya puasa penuh tahun ni, tahun lepas ponteng 2 hari sebab tak larat dan waktu tu saya hamil 8 bulan ;). 2 tahun berturut-turut hamil di bulan puasa dan bezanya adalah usia kandungan ;). Kebiasaannya waktu hamil memang saya TIADA alahan. Berbeza dengan rakan sekerja yang tak boleh bau itu ini.
Alhamdulillah sepanjang berpuasa saya masih kuat untuk berpuasa, memasak selepas pulang kerja dan mampu melakukan aktiviti harian di rumah. Masih kuat nak uruskan anak yang berempat tu dan abahnya ;), Alhamdulillah, biasa macam tulah kan, seorang mak akan tunjuk dia tu kuat macam superwoman walau badannya dan mentalnya penat sangat ;). Dan saya mestilah kuat sebab saya nak bayi dalam kandungan ni sihat dan ceria ;).
Melayan Baby Dzar yang masih menyusu badan kekadang memenatkan. Walaupun saya mengandung, saya masih menyusukan Dzar. Dan dari pembacaan saya ia tidak memudaratkan bayi dalam kandungan asalkan si ibu mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Dan sewaktu bulan puasa tahun ni, saya suka sangat minum susu dan kurma. Memang gandingan yang terbaik dan sedap giler rasanya ;).
Kupanjatkan syukur pada Allah kerana Dzar Harith tidak meragam sepanjang kehamilan ini. Tidak buat perangai, tidak merengek, tidak menangis dan tidak berjaga malam. Alhamdulillah TQ Allah, kerana kabulkan doa kami supaya anak-anak behave dan saya percaya ia bergantung kepada kita sendiri. Saya kurangkan masa dengan gajet, lebihkan masa bermain dengannya. Bergurau senda dengan kakak-kakak dan abangnya. Bagi saya ketawa penawar semua duka.
Untuk apa menidakkan ketentuan Allah kan, di luar sana sedih melihat bayi di buang sesuka hati tanpa belas dan perasaan kasih. Selagi Allah memberikan kita rezeki, selagi itu kita wajib menerimanya dengan lapang dada.
Bila saya pergi ke klinik untuk check up, doctor akan tanya, anak ke berapa ni puan? Anak ke 6, dan dalam hati ramainya anak aku. Yang pertama tu gugur, dan berikutnya semua Alhamdulillah sedang membesar bagai johan :). Doktor pun bagi nasihat yang amat panjang lebar, dan saya sangat suka konsultasi begitu sebab bila mengandung di tahap umur dah mencecah 35 tahun ni, banyak nasihat yang kita kene dengar. Kene jaga pemakanan yang pentingnya. Dan untuk pertama kali dalam hidup, doctor bagitau saya perlu minum air gula bila kandungan mencecah 5 bulan nanti. Hohoho selalu gelakkan kengkawan je, sekarang kene batang hidung sendiri :).
Bila melihat Baby Dzar sudah mula kuat berjalan, hati lega kerana melihatkan ramai yang ringan tulang nak menjaganya. Sudah pastilah kak long, kak ngan dan abg Adam yang sangat ringan tulang membantu ibu menjaga Baby Dzar. Dah pandai buatkan susu adik, pakaikan adik diaper dan baju dan pandai tidurkan adik dalam buaian. Setiap anak ada kelebihan dan saya tahu nak arahkan anak yang mana untuk buat tugas yang mana hahahaha. Alhamdulillah tahun depan bertambah meriah dan riuhla keluarga kami ni :).
P/S : Doakan kita semua dijauhkan dari wabak Zika dan semoga ianya segera pergi. Ya Allah selamatkan kami semua, dan sihatkanlah baby dalam kandungan ini, ameen. Kandungan saya kini sudah genap 4 bulan.
tahniah aju. dah nak masuk 5 ya. umur baru 35 tu. alhamdulillah, take care ya
tahniah . dan syukur ke hadrat Allah. moga ini akan terus menambahkan lagi rezeki dalam family. syukur..
Alhamdulillah… Tahniah Aju. Take care.