25 haribulan September ni genap Dzar setahun 2 bulan. Sudah semakin lincah dan tegap berjalan. Sangat pandai mengikut kakak-kakak dan abangnya bermain di luar rumah. Pantang tengok orang keluar pintu, dikejarnya dan panggil nyah!!! nyahh!!! alahai nyah mana pulak ni sayang ibu ;).
Yelah walau dah punya 3 anak, tapi masih seronok bermain dengan si kecil ni. Keletah yang comel tu yang buatkan kita tak sabar nak balik rumah, tak sabar nak ambil dari rumah pengasuh bila pulang dari kerja. Bila jemput kakak-kakak dan abang dari sekolah, semua akan cakap, “eii tak sabarlah nak jumpa adik, rindu!!!”…Ibu pun sama, rindukan si kecil ibu, bucuk bucuk comel ibu!!!
Dzar sangat kuat menyusu botol, sejak kandungan saya semakin membesar, Dzar sudah kurang mahukan susu badan, mungkin dah tak semeriah dulu. Tapi tetap juga mencarinya bila nak tidur. Sayang ibu, maaf sebab tak dapat nak susukan Dzar sepenuhnya dengan susu ibu, sempat bertahan 9 bulan sahaja tanpa susu formula, lepas tu dah terpaksa campur.
Dzar dah pandai main dan pandai bawa diri sendiri. Boleh dah nak sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Suka sangat tersenyum bila diagah orang dan mulutnya sentiasa mengukirkan senyuman. Sebijik macam ibu dia pemurah dengan senyuman manis ;). Senyum itu kan sedekah, betul kan, bila senyum nampak gigi comelnya yang 6 batang tu, kuat menggigit pulak dah sekarang ni.
Paling seronok bila dah boleh ikut kami solat berjemaah, tapi cara dialah. Melintang tengah-tengah sejadah tu, paling tak menahan suka duduk kat sejadah imam, nanti pandai-pandailah abah dia adjust tang mana nak duduk dan sujud ;). eii comel sangat geram!!!
Biasalah baby semua pun orang suka, semoga Dzar membesar dengan sihat dan bijak, begitu juga kakak-kakak dan abangnya. Setiap hari saya akan ajar Dzar mengira jarinya, dan sekarang ni kalau kita sebut SATU!!! Terus Dzar jawab, NYA!!! Sambil tepuk tangan, alahai comel angat, geget baru tawww!!!
sronok melayan keleteh si kecik
Anak-anak baya macam ni yang seronok nak layan kerenah mereka…. Dzar nk lebih kurang seusia dengan anak saya… Hehehe… ๐
Subhanallah…comel sangat baby dzar…sebaya dgn anak perempuan saya juga.29hb sept ni setahun 2 bulan juga.gigi lebih ckit..7btg…mmg dok cbuk panggil yah2 jer skrg ni…berdiri jatuh bgun skrg ni…hehe…
Comelnya dzar ni…
Comelnya Dzar. Kejap jer dah setahun kan.
comelnya.semoga berbahagia di samping keluarga yg tercinta