Aplikasi SEND memudahkan penghantaran | Di dalam dunia teknologi serba canggih ni nampaknya pelbagai aplikasi direkacipta tak lain tak bukan untuk memudahkan urusan kita seharian. Hanya dengan satu klik di hujung jari sahaja, semuanya sudah tersedia untuk anda.

Pernah dengar aplikasi SEND? Ianya adalah satu aplikasi untuk menghantar dan menerima barangan dari satu tempat ke tempat yang lain. Barangan tersebut tak kisahlah sama ada dokumen, hadiah, barangan dapur mahupun penghantaran perabot atau barang dalam kuantiti yang banyak yang mana memerlukan anda menghantarnya dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Mudah, menjimatkan masa tenaga juga caj yan dikenakan amat berpatutan. Lepas ni korang tak perlu merungut lagi dengan alasan terpaksa meredah jem, susah mencari parking ataupun terpaksa berjalan kaki jauh ke tempat meletak kereta.



Selepas ini biar SEND sahaja yang melakukannya untuk anda ;). Hanya dengan memuat turun aplikasi SEND, anda akan diminta untuk mendaftarkan maklumat peribadi dan ianya akan di simpan kemas di dalam sistem data untuk memudahkan kerja penghantaran. Setakat ini kemudahan yang disediakan oleh pihak SEND adalah di dalam lingkungan Lembah Klang sahaja.


CEO SEND iaitu TP Chin memaklumkan “With the ecommerce continuously growing in Asia, consumers expect to have more convenient options for delivery and at a cost that suits them. SEND is already working closely with few major ecommerce partners in Malaysia to integrate this innovation.”
Duta SEND iaitu Jorge Lorenzo berkata “I like the idea when it was first shared with me. I could see the opportunity of this technology going very far. I am looking forward to see how SEND financially empowers people, because it has always been my desire to contribute something back to the society, and I believe this is the right opportunity. I want to even introduce this platform to my own country to increase more job opportunity.”
Ataupun ada antara korang yang nak buat pendapatan sampingan dengan menjadi SENDER? Pun boleh juga, amat dialu-alukan. Anda juga diminta untuk mendaftar dan semestinya pemilihan sebagai SENDER akan dibuat oleh pihak SEND. Sudah tentu juga ianya termaktub di dalam syarat-syarat yang telah mereka tentukan.
Ok berkenaan dengan caj penghantaran pula, anda akan diberi pilihan untuk kemudahan kenderaan yang dikehendaki iaitu dengan basikal, motorsikal, kereta can atau lori. Sebaik sahaja anda mendaftar, memasukkan butiran barangan, dan lokasi penghantaran, dalam masa beberapa minit, pilihan untuk sender yang sedia ada akan dipaparkan berserta jumlah caj penghantaran masing-masing. Jadi anda hanya perlu memilih sender yang anda kehendaki, manakala pembayaran pula boleh dibuat melalui kaedah online, kad debit/ credit atau baucer pembayaran.

Anda boleh melihat semua rekod transaksi di dalam sistem SEND dan boleh menjejak sender di dalamnya juga. Dan jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan dari SEND, bolehla ke lawan web ataupun hubungi talian telefon mereka untuk keterangan lanjut.

Website : www.sendelivery.com
Facebook : https://www.facebook.com/SENDpage/
Dah lama juga tak membaking kek ni…menaikkan semangat ja nak buat semula ni..thanks aju