Berat badan naik 3kg setiap bulan | Wow konsisten sangat berat badan saya ni naik setiap bulan. Konsisten tu bagus tapi kalau berat badan yang konsisten naik memang tak bagus kan hahaha.
Nak buat macamana mengandung tu orang kata adalah lessen untuk ko makan banyak. Tapi saya ni setiap kali mengandung memang selera makan mencanak-canak. Makan ajelah dah lapar tu kan, janganlah nak diet-diet time mengandung ni.
Dan kalau ikutkan doctor pun setakat ni takdelah nak bising kat saya sebab minggu lepas ada buat ujian minum air gula (MGTT) dan keputusannya sangat cemerlang :), Alhamdulillah saya happy!!! Ini pertama kali minum air gula seumur hidup tau, sebab sebelum ni memang tak pernah buat test ni. Semua kata yang seksa betul nak minum air gula, bercinta sesangat!!!
Nerbes jugak saya dengarnya, sebelum MGTT tu saya puasa dari jam 10 malam malam sebelum tu sehinggalah selepas ujian tu selesai pagi besoknya. Pehhh menggeletar satu badan tak dapat makan, balik je rumah terus capai pinggan ceduk nasi makan macam dah 10 hari tak makan huwaa teruk kan hahaha.
Alhamdulillah bacaannya adalah 4.4 untuk bacaan pertama sebelum minum air gula, dan 2 jam selepas minum air gula, bacaannya adalah 3.1. Dan doctor kata itu adalah normal, yeay Alhamdulillah. Pertama kali minum tu pada saya, takdelah teruk mana, pada sayalah ya, pada ibu yang ada alahan tu mungkin teruklah kan rasa dia.
Waktu minum tu dua orang anak dara mengadap ibunya, dan saya perlulah berlakon saya kuat dan takde nak mengade kata takleh nak minum, haisshhh kenelah hipokrit sikit depan anak, nanti camne anak nak makan ubat pulak tengok maknya macam tu kan hahaha.
So nak cerita, dengan kenaikan berat badan saya tu, doctor kata memang takde masalah sebab bacaan gula dalam darah saya adalah normal, dan tiada komplikasi yang lain. Syukur takdelah risau nak check next month sebab tak kene sound berat naik mencanak-canak kan.
Dan semasa check up tu kandungan saya dah 23 minggu. Alhamdulillah baby sihat dan baik-baik sahaja, dan dah tau pun jantina baby. Wahh riuhnya rumah nanti kan dengan lengkapnya 5 orang bebudak kat rumah tu nanti.
Tak sabar nak tengok baby lagi minggu depan, walau anak dah 4, perasaan gembira dan excited adalah seperti nak menimang cahayamata yang pertama!!! Hahahha tak boleh blah, dan yang pasti semua anak-anak pun tak sabar nak tengok adik diorang.
Sempat saya menjeling ke suami yang ada waktu tu, dia pun tersenyum riang, Alhamdulillah punya keluarga yang semuanya ceria dan gembira. At least dengan keletihan saya ke sana ke mari dengan perut memboyot ni terubat melihat riak wajah ceria mereka. Saya akui saya penat, mengah, letih tapi hidup perlu diteruskan.
Rutin kerja harian perlu diselesaikan, namun saya bersyukur dengan semua nikmat yang Allah kurniakan dan tak pernah menyesal dengan apapun ketentuanNya. Saya yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, dan saya berdoa semoga dengan kehadiran bayi ini nanti menambah lagi kegembiraan dan rezeki melimpah ruah kepada keluarga saya ini, dan semoga hati-hati kecil ini sentiasa berbunga mekar untuk terus menceriakan kami :). Ameen Ya Allah, Alhamdulillah.
Kita masa pregnant anak ke empat kena minum air gila. 1st time kot. Bestnya nak dapat baby. Baby kita yg ada ni pon dah nak masuk 8 bulan.
wah aju dah pregnant yer.. lama x singgah sini… Jaa baru nak mula berblog balik lepas hampir setahun cuti blog..hehe.. btw, nk bagitau link blog jaa baru tukar.. so nanti singgah la yer..
Lamanya tak pregnant, mudah2an ada peluang lagi sebelum masuk 40..hehe
Jaga diri baik2 aju