Trend pembelian secara online memang sangat popular kerana kita tak perlu bersesak mencari dari satu kedai ke kedai yang lain, tidak perlu berpeluh mencari parking dan menjimatkan masa dan wang. Kalau dilihat di pasaran pelbagai peniaga menjual barang yang sama, namun harga yang ditawarkan berbeza-beza.
Trend orang sekarang suka shopping barang murah dari China kan? Kalau nak pergi sendiri memang entah bilalah jawabnya. Tapi jangan risau, anda boleh dapatkannya hanya klik di hujung jemari, iaitu laman web ezbuy. Jom tengok apa yang ditawarkan di ezbuy.
Apa itu ezbuy?
ezbuy merupakan gedung online yang menyediakan pelbagai produk dengan harga murah untuk keperluan harian. Jika dilihat di dalam web mereka terdapat beberapa kategori produk ditawarkan dengan harga yang amat berpatutan. Bila buka je website ezbuy, ada diskaun sehingga 70%, wow!!! Amazing kan, mana nak dapat penjimatan sebanyak tu ;).
Mereka juga menyediakan perkhidmatan “buy for me” bagi barangan dari China, Taiwan dan USA. Harga yang ditawarkan kepada semua produk membolehkan anda menikmati 4 kali penjimatan dari harga pesaing lain. Kebanyakan produk yang dijual di pasaran adalah lebih kurang sama, tapi harga yang ditawarkan tu anda sendiri yang perlu menilainya. Antara produk yang dijual di laman web ezbuy ialah seperti berikut :-
Caj Penghantaran
Di atas adalah caj penghantaran yang dikenakan mengikut perkhidmatan kurier yang anda mahukan. Kalau lihat di dalam laman web mereka, tempoh pesanan anda akan sampai ke Malaysia seminimum dari 1 ke 22 hari bekerja bergantung kepada khidmat penghantaran yang anda mahukan. Malahan caj penghantaran yang dikenakan serendah RM4.50/500g dan TIADA yuran agen dikenakan.
Kaedah pembayaran
Pihak ezbuy menyediakan saluran pembayaran menerusi pembankan dalam talian ataupun melalui mesin ATM bagi bank Maybank, Public Bank dan RHB. Ini memudahkan kerja-kerja pembelian anda dan pastikan anda menyimpan resit pembayaran sebagai bukti pembelian.
Perkhidmatan Prime
Jika anda berminat untuk membeli produk yang besar dan berat seperti perabot atau kelengkapan rumah, anda boleh menggunakan perkhidmatan prime yang mana caj penghantarannya dengan harga flat iaitu RM8.80 sahaja. Kata orang kuantiti dan saiz bukan lagi halangannya, apa yang penting keinginan anda dipenuhi. Untuk mendapatkan servis Prime anda boleh mendaftar bagi tempoh percubaan selama sebulan berjumlah RM18.80 dan RM188 untuk tempoh setahun.
Best Selling Item
Ha part yang ni yang saya suka sebab kat sini anda boleh terus lihat pelbagai pilihan produk Best Selling item dengan harga yang murah. Banyak sangat pilihannya, jangan sampai juling mata korang dahla haha. Boleh scroll perlahan-lahan dan anda boleh pilih produk yang diminati dan add to cart.
Best kan? Ok jika anda berminat untuk membeli belah di ezbuy, boleh segera mendaftar di ezbuy dan anda akan menerima baucer ezbuy RM15, dan yang paling seronok nikmati potongan caj penghantaran sebanyak 15% dengan menggunakan kod ezship15.
Ezbuy ni banyak jual produk dari Taobao ke?
Kalau macam tu confirm murah…
Rambang mata klo masuk website nih.
makaih !! memang kelabu bijik mata gini.. hee~