Kebun sayur mini tepi rumah | Memang dah lama menyimpan hasrat nak bercucuk tanam ni. Sejak setahun lebih dah pindah rumah ni, lagi seronok nak berkebun. Adalah ruang di tepi laman ni, sambil berkebun sambil mengeluarkan peluh juga kan.
Kalau dulu alasannya saya mengandung, tak larat, tapi mengandung untuk kali ni, macam-macam benda nak buat.
Saya boleh dikatakan rajin kemas umah, angkat almari buku dari sana ke sini, vakum, mop lantai, lipat kain, masak, basuh kereta savvy. Itu 4 bulan pertama ok lagilah, bila masuk 5 bulan dah mula semput sesak nafas sume. Macamlah gagah sangat tapi end up terus lenguh sana sini kekeke.
Bagi saya berkebun ni pun juga salah satu cara nak release tension, eh tension sangat ke ko ni kan hahahha…Takdelah saje minat, lepas tu bolehla sambil bawak Dzar amik angin petang, sambil siram pokok sayuran 🙂 sambil nyanyi lagu-lagu riang wahh seronok tau. Hari-hari duk jenguk sayur tu, bilalah ko ni nak besar, tengok macam tu je rupanya hahaha.
Untuk permulaan ni saya baru semai sayur kangkung, sawi dan kacang panjang. Dan untuk 3 – 5 hari pertama, si sawi dan kacang panjang sudah mula memunculkan dirinya. Si kangkung ni agak lambat nak muncul, adakah saya tanam terlalu dalam? Dalam 2 inci dalam je kot, susah gaknya dia nak timbul cari cahaya matahari kakakakka.
Ha inilah perkembangan mereka sekarang. Rapat sangat tanamnya, takpe bila korang besar sikit, nanti auntie, eh dan dan bahasakan diri auntie dengan sayur ni hahahah. Nanti kita pindahkan korang ke ruang lebih selesa ya. Tapi janji mesti membesar dengan sihat dan kuat ya sayur.
Kalau zaman dulu, mak dan arwah ayah memang suka menanam, sebut je pokok apa, semua ada kat rumah pahang tu. Ciku, jambu air, rambutan, nenas sarawak, limau bom, belimbing, limau madu, jambu madu, mata kucing, salak, durian belanda, manggis, kepala, betik, jering haaaa semua adoo!!!
Sayur usah cakap, petik kacang panjang makan gitu aje ha, sedap dan manis!!! Saya kan anak Felda, orang kampung jadi itulah aktiviti kami seharian. Saya pandai kupas kelapa guna parang sejak darjah 4, giling cili pun sama.
Kalau kenang zaman kecik-kecik bergenang airmata, rindu kat arwah ayah yang gagah dan hensem tu, hmmm moga dapat jumpa kat syurga nanti ya ayah, rindu mendalam sangat nih..
Ha toksah sedih-sedihlah ju, nanti kita update lagi perkembangan terkini kebun sayur mini tepi rumah ni ya. semoga semuanya membesar dengan sihat dan kuat, tak sabar nak makan awak semua hahahaha.
teringin nak buat camtu. harapnya bila dah berhenti kerja hujung tahun ni adalah masa utk buat ni
ada banyak ruang sedap la nak berkebun 🙂
Bestnya rumah landed. Boleh bercucuk tanam macam nih.
boleh ajak anak2 berkebun setiap petang…
Kalau ada bela kucing, habis kena korek semua yang ditanam tu. Tapi kalau tak ada kucing, selamat la 😀
wah, menarik dan kreatif sungguh!