Yeahh itulah aktiviti weekend kami.
Status suami saya di facebook beliau, kami ke sini kerana nak “beli jiwa,” heh oo rupanya ada makna dia ajak kita gi Genting ya, takpe tak kisah pun apa tujuannya yang penting anak-anak yeppi!!! Jam 7:30 pagi lagi kami semua bersiap dan bertolak ke destinasi. Singgah sarapan kejap pekena nasi lemak udang, paru, telur mata dan roti canai. Bila semua dah kenyang, perjalanan diteruskan lagi.
Dalam perjalanan ke Genting tu, di highway karak banyakla motor-motor besar lalu lalang, biasalah cuti-cuti nilah mereka aktif di jalanan. Kita jeling kat driver sebelah, amboi terujalah tu nampak geng lalu, siap singgah station minyak port diorang selalu berkumpul kalau ride. Ni kekdah dia, tak dapat ride, tengok tempat berkumpul pun jadikla hahahahha lawakla shuben ai ni, pukul baru taw!!! Apa da baru sehari tak naik motor pun dah rindu kaaaa?? :). Sabor ye bang Isnin cuti lagi, bolehlah meronda-ronda ya…
Yang seronoknya bila sampai pagi-pagi ni orang tak ramai lagi. Tak bersesak dan lengang je bebudak ni nak berkejar melompat sana sini. Harga tiket untuk masuk ke Genting Strawbery Park ini adalah RM8 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas. Memula datang sini dulu tahun 2007 rasanya dengan mak saya. Waktu tu tak banyak lagi pokok strawberi dan bunga-bungaan yang lain. Tapi kali ni berbaloilah kalau korang datang dan nak bergambar sakan dengan bunga-bungaan segar.
Nak merasa petik strawberi? Bolehla cuba, harganya ialah RM8 untuk 100gm. Biasalah dapat pegang bakul dan gunting lepas tu memasing tak tentu arah nak petik. Hahaha saya hadkan Alia dan Najiha hanya petik 8 biji setiap seorang dan itu pun jumlahnya RM18 untuk 14 biji. Wooo syukurlah tak gelap mata amik bebanyak kan. Pemilihan buah juga penting, sebab saya tersilap strategi.
Tips pilih buah strawberi, pilih yang tak terlalu gelap warnanya sebab ada yang dah terlalu masak dan seakan nak membusuk dah rasa dalam buah tu. Jadi kalau nak pilih, pilih yang merah dan bukannya merah gelap. Seperti perbezaan gambar di atas.
Kali ni saya tengok dah banyak bunga yang ada di sini. Bunga ros, kekwa, dan beberapa bunga lain yang saya kurang arif namanya. Tapi serius cantik dan segar mata memandang ;). Rasa nak petik je bawak balik, geram tengok. Bolehla berposing macam-macam gaya kat sini haha. Memang tak rugi kalau korang nak datang sini dengan anak-anak, really recommended. Bila lagi nak menggembirakan family kan, sesekali apa salahnya, ambil hati orang-orang tersayang. Barulah rumahtangga aman tenteram gittewww hahahaha.
aritu pi genting ada lalu..tp mcm tutup..pukul brp ek buka??
Assalamualaikum kak. Wahhh ni yg buat kita rasa nak pergi ni. Hehehehe comelnya mak buyung…jaga diri baik2 ye sepanjang pregnancy ni.
Wah seronoknya.. Aju ngandung ke? Tahniah… dah berapa bulan tu?
Best ni jalan2 tapi dekat….
seronoknye, nampak sedap plak strawberi tu
Tak sangka pula dekat Genting Highland pun ada strawberi