Umum Sayur pecal menu pelengkap hidangan kami October 19, 2016

Sayur pecal menu pelengkap hidangan kami | Huwarghhhh menguap jap mengantuk seh sepanjang mengandung ni. Nak tidur je rasanya, nasib baiklah ada kerja yang nak dikerjakan kalau ikutkan hati tido je kat karpet meja ni kang hohoho..

Lama benor tak ngapdet blog ni ha, banyak nak tulis tapi masa mencemburui, balik rumah pulak si Dzar tu nak tengok hp, dah berebut pulak kan. Hmm ibulah mengalah, bagilah Dzar tengok koleksi video keletah dia dalam hp saya ni, internet memang saya tak benarkan diorang tengok hoho, mengadap TV jela jawabnya.

Sayur pecal mudah

Ok nak tau tak? Kalau korang taknak tau pun saya tetap nak bagitau jugak. Ok sejak mengandung ni saya suka betul makan sayur pecal. Pada saya kalau beli tu tak puas nak makan sebab makan sekali je tak boleh nak berulang-ulang. Seciput je dalam satu bekas kalau beli kat pasar malam tu.

Jadi saya memang rajin benor beli sayur mentah, celur sayur kacang panjang dan taugeh tu dalam air panas dah settle. Tahu tu goreng dan potong-potong, manakala timun jepun tu basuh dan hiris-hiris je.

Kuah tu saya beli yang dah siap, tinggal letak air panas menggelegak je. Taraaaa siap satu hidangan sayur tanpa berpeluh ketiak masam korang.

kuah pecal segera yang sedap

Ikut suka hati korang, lauk sampingan tu nak masak apa, saya ni goreng ikan masin je pun dah cukup, makan ngan pecal dan nasi panas. Tapi kang zalim pulak dengan anak sendiri, diorang saya masakkan ayam masak tomato.

Suka benar diorang dengan menu ayam tomato tu, hmm perkara mudah usah merungut kan. Kalau dimintaknya ayam panggang lemon ko mampu nak buat? Hmm senang ayam tomato pun siap!!!!

ikan masin belanak
Set satur pecal dan kuah kacang
makan dengan nasi panas

Ha inilah menu weekend lepas. Memang kenyang bak hangg!!!! Siap ratah lagi sayur pecal tu. Sedap bak ang!!!! Kalau tengok anak-anak saya ni ada certain sayur je yang diorang makan, saya buat macam ni pun nak galakkan diorang makan sayur, sayangnya timun je yang disentuhnya hohoho.

Tags : , , ,

3 Comments

  • nafisa81 posted on October 19, 2016 at 2:58 pm

    kandungan ke berapa ni aju? tahniah ye,,,jom meramaikan ummat

    Reply
  • Anuar posted on October 20, 2016 at 2:49 pm

    Perghhh…. Bestnya makan sayur Pecal… Kena pulak di punya sambal memang Umppp.. Terangkat habis dibuatnya…

    Reply
  • Fiza Rahman posted on October 21, 2016 at 3:48 pm

    Sedap nih. Dah lama tak makan pecal.

    Reply
  • Leave a Reply