Wangian terbaru dari Enchanteur | Ramai wanita menghabiskan masa yang lama di dalam pejabat dan bilik yang berhawa dingin. Pendedahan secara berterusan kepada udara sejuk membuat kulit menjadi kering, kusam dan kasar.
Tak kurang juga yang banyak melakukan aktiviti harian di luar pejabat, yang mana cuaca panas dan menyebabkan berpeluh dan menggalakkan bau badan yang kurang menyenangkan. Kekadang bau badan tu menyebabkan ketidakselesaan kepada orang di sekitar, dan menyebabkan anda boleh dipinggirkan, uisshh kejam bunyinya hahaha.
Wangian terbaru dari Enchanteur
Nah untuk itu, Enchanteur yang mana sangat prihatin dengan permasalahan di atas telah melancarkan set wangian terbaru mereka yang sangat harum bagi memastikan keselesaan anda sepanjang hari. Belum pun sempat buka kotak ni dan membelek produk ini satu persatu, bauan wangi semerbak menusuk ke hidungku.
Emmm wanginya!!!! Rangkaian produk wangian ini datang dengan 3 set variasi wangian iaitu Enchanteur Paris Mon Amie, Belle Amour dan Adore. Setiap set ini lengkap dari deodorant, body mist dan losyen. Hmmm terasa segar sepanjang hari menggunakannya, hingga tak terasa waktu pantas berlalu dari pagi hingga ke waktu baliknya. Ok jom kita tengok satu persatu produk wangian ini.
1) Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour
dengan manfaat pencerahan tiga kali ganda – Kombinasi 3 ejen pencerahan untuk 5x ganda manfaat pencerahan segera (RM7.50 โ 100ml, RM16.95 โ 300ml)
Kulit gelap dan tidak sekata adalah masalah yang paling sukar dihadapi oleh setiap wanita. Ia biasanya berlaku pada bahagian belakang leher, lutut dan juga siku. Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR Paris Belle Amour dengan 3 kali ganda manfaat pencerahan ini direka dengan 3 ejen pencerahan – ekstrak likouris, ekstrak Sakura & Vitamin B3 untuk mengatasi masalah kawasan kulit gelap dan tona kulit tidak sekata.
Ekstrak likouris dan ekstrak Sakura didalam produk ini mencerah dan menyamaratakan tona kulit serta menghalang pembentukan melanin.
Vitamin B3 bukan sahaja mencerahkan kulit malah memperkukuhkan ketahanan kulit serta mencegah kehilangan lembapan. Kombinasi manfaat ketiga-tiga ejen pencerahan ini membantu memberikan 5x manfaat pencerahan.
Dengan menggunakan losyen ini anda bukan sahaja dapat mengekalkan kulit yang cantik dan sekata tetapi ia juga menjadi memberikan seri kepada anda dengan haruman wangian Belle Amour.
2) Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie (RM8.70-50ml)
Deodoran Wangian Anti-Peluh berasaskan losyen ini memberikan manfaat perlindungan bau sehingga 72 jam dan anti peluh sehingga 24 jam. Kekalkan kesegaran pangkal lengan anda dan pastikan ia sentiasa kering dengan ekstrak Likouris yang membantu mencerahkan tona kulit dan mengurangkan pembentukan melanin. Butiran Kristal mentol di dalam semburan memberikan kulit sensasi yang menyejukkan dan membuatkan anda merasa selasa.
3) Semburan Pewangi Dedoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore (RM10.10 โ 100ml)
Semburan Pewangi ENCHANTEUR PARIS Adore memberikan keyakinan berpanjangan sehingga 24 jam.
Rangkaian produk penjagaan peribadi ENCHANTEUR PARIS ini boleh didapati di semua rangkaian pasar raya / pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR sila layari www.ENCHANTEUR.com.my atau lawati laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY. Jomlah dapatkan produk terbaru Enchanteur ini sekarang!!
Tak pernah lagi pakai produk ni… Wife pun tak pernah beli produk ni… Boleh cuba ni… Lagipun harganya cukup berpatutan…
enchanteur memang sedap baunya