Istimewa bersama Enchanteur, jom cipta detik terindah | Kerap pulak sekarang ni dapat review produk wangian. Syukurla dah masuk 27 minggu ni saya memang suka betul bau wangi-wangi ni.
Kalau trimester pertama dulu janganla harap nak bau sedap cenggini, mau muntah hijau kekdahnya. Bau sabun basuh baju pun busuk giler, rasa nak buang je semua baju lepas basuh tu. Nak lipat pun ya ampun hazab sungguh menahannya ;).
Ok kali ni tibalah giliran produk Wangian yang didatangkan dengan kotak warna pink. Emm comel rupanya siap ada headband ikat tepi ya hahahha. Kalau baby girl memang elok dihias macam ni, pasti memikat ;). Ok luar memang comel, cer tengok bahagian dalam ya.
Wow inilah hasilnya dari pandangan dalam kotak. Baru je bukan tutup kotak tu, semerbak haruman menusuk lubang hidungku. Wangi sungguh ;). Hmm suka sangat wangi-wangi ni, hmmm terima kasih ya Enchanteur, ok meh kita belek satu persatu apa yang ada dalam kotak ni ya.
ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème
Mulakan hari anda dengan ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème. Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai melalui setiap hari anda. ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian anda. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang hari.
Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesona ini dapat membantu anda untuk relaks dan rasa seperti dimanjakan.
ENCHANTEUR Perfumed Lotion
Kemudian sapukan ENCHANTEUR Perfumed Lotion secara lembut pada kulit yang telah dikeringkan bagi mendapatkan kelembapan ekstra dan sekaligus mengoptimumkan penyerapan agar kulit yang lebih lembut dan anjal. Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR ini dapat mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari.
ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant
disarankan untuk menggunakan deodoran atau semburan badan (body mist). Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu diri kita agar kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian.
ENCHANTEUR Eau de Toilette
Sembur perfume di titik denyut nadi bagi membebaskan haruman yang mempersonakan dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu. Jangan langkaui langkah tanpa wangian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis Enhanteur yang tersendiri ini membuatkan anda lebih berasa girang dan lebih menawan.
Ikuti langkah-langkah mudah ini setiap hari dan anda pasti mampu mempesona sesiapa sahaja serta akan sentiasa bersedia untuk menikmati momen penuh magis yang romantik. Cipta detik-detik istimewa indah anda bersama haruman menawan ENCHANTEUR yang tahan lama.
Maklumat Produk
Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20 sehingga RM13.65. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion pula dijual pada harga RM7.50 – RM21.00; manakala ENCHANTEUR Perfumed Deodorants dijual pada harga RM4.90 sehingga RM11.90. Tidak lupa, rangkaian ENCHANTEUR Eau de Toilette yang dijual pada harga RM18.75 sehingga RM33.50.
Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my
atau kunjungi laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY
enchanteur ni lama betul bertahan, dari zaman saye sekolah rendah lagi