Kek cawan coklat kukus paling mudah | Pertama kali buat kek cawan ni seumur hidupku muahahhaaa. Biasalah saya rasa korang pun macam saya, saved macam-macam resepi kat facebook lepas tu nak try tapi entah bila-bila kan ;).
Tapi kali ni lain, saya tengok resepi kek cawan ni adalah paling mudah dan pantas. Tak perlu ada mixer, tak payah pakai tools yang canggih manggih, sekelip mata je boleh siap kek cawan ni ;).
Resepi ni saya alter sikit sebab saya takde serbuk koko tapi saya gantikan dengan milo je. Ha tak susah kan, pakai je apa yang ada kat rumah korang tu. Gerenti kalau buat kek kukus ni ni takdelah istilah fail gagal hokey hahaha
Kek cawan coklat kukus paling mudah
Ok bahan-bahannya adalah seperti berikut.
2 cawan tepung gandum
4 sudu besar serbuk koko
3/4 cawan susu pekat
3/4 cawan gula
1 cawan air suam
1 cawan minyak masak
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
Cara-caranya pula adalah sangat mudah di alam semesta ini.
Pakat tuang je semua bahan kat atas tadi dalam bekas dan kacau sehingga sebati. Kalau ada mixer sila mixer kalau takde pakai je senduk pun tak mengapa, takde kata kek itu batat atau bantut ha gittew!!!.
Haa sempoi kan cara dia? Sebab tu saya dengan anak-anak semangat nak buat kek cawan ni.
Ok lepas dah siap bancuh semua, biarkan dahulu bancuhan dulu rehat 20 minit dan selepas itu boleh terus masukkan dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit marjerin.
Tuang jangan terlalu penuh ye nanti membuak pulak di dalam bekas kecil tu. Kemudian masukkan dalam pengukus yang telah dididihkan airnya dengan api yang sederhana ya puan-puan.
Kukus dalam 20 minit macam tu dan hasilnya taraaaa!!! Amat memuaskan hati semua pihak ;).
Sekali bancuhan tu dapatla dalam 10 bekas plastik yang kecil ni. Tapi kalau acuan korang kecil dapatla banyak sikit kuantiti dia tu. Kalau tetiba anak request nak kek ni untuk makan-makan masa birthday diorang, korang lebihkanlah sukatan semua bahan di atas ni ya.
Bolehla hias ikut citarasa memasing ya. Saya guna serbuk milo dan Nampak rupanya tu takdelah hitam sangat, tapi kalau korang guna serbuk koko, memang cantik sangat rupa paras mereka ni. Suami dan anak-anak memang sukakan kek cawan ni, gebu dan sedap katanya, kawan-kawan diorang pun suka. Bolehla ibu buat lagi nanti ;).
memang betul..bila nampak resepi macam-macam dan mudah, terus saved jer pages tu…tp nak buat tu kadangkala makan bertahun..kadang boleh lupa…senangnya nak buat kek cawan.
xpernh wat yg kukus, wat yg bakar…topping tu bdk2 suka hias
Alamak, kenapakah resepi ini berada di atas sekali????
Aaaaaaa!!! Harus cuba ni!
Terima kasih share resepi ya…nampak gebu…mesti sedap ni
Wah… Rajinnya buat kek cawan…
Bolehlah poskan ke Sabak bernam sikit… 😉
hehehe
Dah lama tak buat kek.