Categories: Resepi

Kek cawan coklat kukus paling mudah

Kek cawan coklat kukus paling mudah | Pertama kali buat kek cawan ni seumur hidupku muahahhaaa. Biasalah saya rasa korang pun macam saya, saved macam-macam resepi kat facebook lepas tu nak try tapi entah bila-bila kan ;).

Tapi kali ni lain, saya tengok resepi kek cawan ni adalah paling mudah dan pantas. Tak perlu ada mixer, tak payah pakai tools yang canggih manggih, sekelip mata je boleh siap kek cawan ni ;).

Resepi ni saya alter sikit sebab saya takde serbuk koko tapi saya gantikan dengan milo je. Ha tak susah kan, pakai je apa yang ada kat rumah korang tu. Gerenti kalau buat kek kukus ni ni takdelah istilah fail gagal hokey hahaha

Kek cawan coklat kukus paling mudah

Bahan mudah kek cawan kukus

Ok bahan-bahannya adalah seperti berikut.

2 cawan tepung gandum
4 sudu besar serbuk koko
3/4 cawan susu pekat
3/4 cawan gula
1 cawan air suam
1 cawan minyak masak
2 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam

Campurkan semuanya

Cara-caranya pula adalah sangat mudah di alam semesta ini.

Pakat tuang je semua bahan kat atas tadi dalam bekas dan kacau sehingga sebati. Kalau ada mixer sila mixer kalau takde pakai je senduk pun tak mengapa, takde kata kek itu batat atau bantut ha gittew!!!.

Haa sempoi kan cara dia? Sebab tu saya dengan anak-anak semangat nak buat kek cawan ni.

Dengan bantuan anak-anak
Hmm tak sabar
Kukus dengan api sederhana

Ok lepas dah siap bancuh semua, biarkan dahulu bancuhan dulu rehat 20 minit dan selepas itu boleh terus masukkan dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit marjerin.

Tuang jangan terlalu penuh ye nanti membuak pulak di dalam bekas kecil tu. Kemudian masukkan dalam pengukus yang telah dididihkan airnya dengan api yang sederhana ya puan-puan.

Kukus dalam 20 minit macam tu dan hasilnya taraaaa!!! Amat memuaskan hati semua pihak ;).

Gebu gebas

Sekali bancuhan tu dapatla dalam 10 bekas plastik yang kecil ni. Tapi kalau acuan korang kecil dapatla banyak sikit kuantiti dia tu. Kalau tetiba anak request nak kek ni untuk makan-makan masa birthday diorang, korang lebihkanlah sukatan semua bahan di atas ni ya.

Kek cawan Najiha
Kek cawan Alia

Bolehla hias ikut citarasa memasing ya. Saya guna serbuk milo dan Nampak rupanya tu takdelah hitam sangat, tapi kalau korang guna serbuk koko, memang cantik sangat rupa paras mereka ni. Suami dan anak-anak memang sukakan kek cawan ni, gebu dan sedap katanya, kawan-kawan diorang pun suka. Bolehla ibu buat lagi nanti ;).

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View Comments

Recent Posts

Pengalaman jual kereta terpakai online di Mudah.my

Pengalaman jual kereta terpakai online di Mudah. Selepas 12 tahun bersama Savvy, barulah terasa nak…

January 5, 2021

PG Mall Countdown Sales serendah RM1 dan penghantaran PERCUMA!

PG Mall Countdown Sales.  Year End Sales memang waktu yang ditunggu-tunggu setiap hujung tahun. Semua…

December 30, 2020

Riadah Taman Tasik Perdana KL, makin cantik tempatnya

Riadah Taman Tasik Perdana. Dah lama betul tak beriadah ke sini. Dah 3 ke 4…

December 27, 2020

3 tips simpan telur supaya segar dan tahan lama

3 tips simpan telur supaya segar dan tahan lama. Sejak-sejak berdiet ni, memang saya amalkan…

December 18, 2020

Aplikasi Islamik Qalby dari Mizz Nina. Jom pakat download

Aplikasi Islamik Qalby dari Mizz Nina. Sejak dah uninstall Aplikasi Muslim Pro, memang tercari-cari aplikasi…

December 10, 2020

Rak periuk bawah sinki, versi jimat tapi kemas

Rak periuk bawah sinki. Versi jimat tapi kemas. Bertemu lagi dalam tips dekorasi. Don’t forget…

December 8, 2020