Pewangi bilik tidur cantik dari Lovely Lace | Korang pun mesti suka benda wangi-wangi kan? Saya suka sangat kalau pergi tempat jual minyak wangi sebab terasa segar je kalau lalu kat bahagian perfume semua tu.
Memang rasa bestnya kalau rumah sendiri bau wangi macam ni. Nak pula pewangi bilik tidur cantik dari Lovely Lace.
Kalau dah masuk kedai Lovely Lace memang boleh sampai berjam kat situ. Kiranya kalau dah masuk tu susah atau lama nak keluar dari kedai ececehhh hahahaha. Sebab wangi sangat!!!
Cari hadiah untuk brainstorming
Taraaa!! Inilah hadiah yang saya dapat masa sesi brainstorming minggu lepas. Tukar-tukar hadiah dengan rakan sekerja, memang suka betul ko dapat mende ni. Rasa nak melompat tinggi tepuk tangan atas kepala, tapi mengenangkan mengandung, saya lupakan niat melompat lebih tinggi tu.
Saya cume sempat senyum simpul depan kamera menyatakan keriangan hati ini. Hahahha macamana saya tahu saya dapat hadiah pewangi tu walaupun saya belum buka? Sebabnya????
Kami beli hadiah ni sama-sama hahahha, kene korang sebijik!!! Allah nak bagi rezeki, walau cabut undi nama, tapi kalau dah rezeki, ianya tetap milik saya. TQ Allah dan TQ si pemberi hadiah, dapatlah mengharumkan bilik tidur kami :).
Rumah wangi kita happy
Nah tengoklah sweetnya wangian ni dengan bunga kembang sejambak. Sebelum ni saya ada beli 1, dan letak di ruang tamu, tp disebabkan mungkin space tu besar jadi tak bau sangatlah.
Tapi yang ni buka je pintu bilik semerbak harum mencucuk hidungku ini ;). Barulah selesa dan semangat nak bangun pagi, tidur pun lena je. Buat masa nilah, kalau dah ada baby nanti mungkin terganggu sikit hohohoho.
Kelambu tu suami beli di kedai jual barangan plastik. Sekarang musim wabak Zika, dan mungkin kerana risaukan saya dan baby, suami pun beli kelambu ni untuk menghalang digigit nyamuk.
Walau rupanya takdelah macam kelambu memahal tu, saya hargai sangat usaha dan kesungguhan beliau. Suami bukan jenis yang beri bunga sejambak, surprise bagai tu, tapi kasih sayang dia adalah dari segi lain yang kekadang saya tak sedari. So suwitt tq suami.
Harga promo Lovely Lace
Oklah oo nak tau harga wangian tu ya? Harga sebenarnya adalah RM79.90 tapi waktu tu ada promo PWP jadi harganya hanya RM19.90. Wangiannya pula adalah Lemon grass wow sangat manis dan suwitt baunya. Suami saya pun suka ;). Bolehla survey untuk yang berkenan tu ya.
Kena try nie.. tq for info
lovely lace memang wangi, suka bau dia
bau lemon grass tu memang best, buat kite ade mood sokmo…