Hari ni saya nak kongsikan satu produk yang saya sendiri sudah mencubanya dan merasai kesannya dan kelegaannya, iaitu Minyak Herba Asmak iaitu mujarab untuk penawar asma, selsema, sakit sendi, resdung dan seumpamanya (anda boleh rujuk video promo di atas). Sebelum ini, anak bongsu saya yang berumur 1 tahun 4 bulan tu batuk-batuk disusuli dengan bunyi kahak. Agak kuat juga bunyi batuknya tu, biasalah musim hujan dan panas tidak menentu, kata orang kalau tak demam, selsema batuk tu memang tak sah.
Puas juga berikan si bongsu tu dengan ubat klinik, leganya sekejap dan selepas itu akan berulang semula. Kalau boleh memang saya tak galakkan beri ubat klinik, antara ikhtiar yang saya lakukan adalah berikan madu yang dicampurkan dengan sedikit perahan lemon. Insha Allah berkesan juga.
Cara penggunaan
Dan sebagai ikhtiar lain, saya sapukan minyak Herba Asmak ini di dada dan belakang badan si bongsu setiap kali selepas mandi dan sebelum tidurnya. Pertama kali sapuan, saya lihat minyak ini tidak melekit dan ianya meresap terus ke kulit. Ianya tidak panas dan tidak sedikit pun memberi kesan tidak selesa pada si bongsu. Nampaknya sesuai ;), terdetik di hati saya.
Saya sapu lagi untuk kali kedua dan seterusnya, Alhamdulillah semakin kurang bunyi batuk berkahak si bongsu. Syukur lega hati saya, sebab risaukan kalau berterusan batuknya tu, nanti membawa ke asma dan lelah pula, dah satu hal nak membawanya ke klinik untuk dapatkan neb. Dan malam semalam pulak kene gigit dengan nyamuk, nampak tak bekas gigitannya tu, saya pun ambil minyak ni dan sapu di benjolan tersebut, bangun pagi dah surut pun bengkak dan merahnya. Dan Dzar pun tak menggaru lagi ;).
Keistimewaan Minyak Herba Asmak, kegunaannya dan harga pasaran
Untuk makluman anda, minyak herba asmak ini dikeluarkan oleh Syarikat Minyak Herba Asmak Mujarab Sdn Bhd (MHAM) yang telah melalui proses R&D dan diproses menggunakan teknologi Nano, untuk kuasa serapan ke dalam kulit yang lebih pantas ke dalam salur darah, memberikan kesan mujarab yang lebih pantas.Ia TIDAK mengandungi bahan “overdose”, tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi, selamat dan suci untuk digunakan. Ramuan dirumus dari formulasi habbatussauda’, minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak gamat dan herba terpilih – diproses dengan teknologi terkini di kilang bertaraf GMP.
Cara penggunaan minyak herba asmak ini sangat mudah, hanya goncangkan sebelum guna dan sapukan di leher, dada, belakang dan di tempat yang berkenaan. Ianya mujarab untuk asma, batuk, selsema, resdung, migrain, senggugut, sakit gigi, lenguh, gigitan serangga, luka, kembung perut dan sembelit. Hanya sapu-sapu je, insha allah dengan izin Allah sembuh hendaknya.
Minyak herba asmak ini didatangkan dengan 2 versi iaitu 10ml berharga RM18 dan 30ml berharga RM39 sahaja. Ianya sesuai digunakan untuk semua peringkat umur, bermula dari bayi hinggalah warga emas. Hmm bolehla saya gunakan pada bayi saya yang bakal lahir nanti ;). Bagusnya satu botol minyak ni, banyak kegunaannya dan sesuai digunakan oleh semua orang dalam rumah saya ni, jimat kan ;).
Kotak Minyak Herba Asmak juga boleh digunakan sebagai tabung syiling. Si cilik anda pasti teruja untuk menabung dengan kotak comel ini. Sikap yang baik perlu dipupuk dari kecil lagi. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!! Walau nampak kotaknya kecil, lagi cepat nak penuh betul tak?
Testimoni
Di sini saya kongsikan antara testimoni yang diterima oleh MHAM untuk dikongsi dengan anda untuk lebih meyakinkan anda dengan keberkesanan minyak herba asmak ini.
Peluang pendapatan
Rata-rata memberikan maklumbalas positif dan kata orang benda baik perlu dikongsi bersama kan, hmmm jangan lupa dapatkannya ya. Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen, boleh ke link di bawah atau hubungi terus :
Hotline HQ : 019 – 970 8897
Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/
Website Minyak Herba Asmak : http://penawarasma.com.my
IG : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/
Fb Page : Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma/
Minyak Herba Asmak HQ
https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW7XwJbaxkXCKe3f7NEucag
Alhamdulillah..
Dengan izin Allah Minyak Herba Asmak ini dapat menyembuhkan penyakit dengan sapuan demi sapuan…
Wahhh.. boleh try nie one day
Assalamualaikum…Good luck dengan contest yer.
Perkongsian produk terbaik…goog luck utk contest, produk ini memang terbukti berkesan…memang berbaloi mendapatkannya..
kotak minyak herba asmak pun boleh buat tabung shiling…terbaik..
multipurpose minyak ni bagus2…