Surprise untuk suami sempena hari lahirnya, takdelah yang surprise sangat pun melainkan hanya sekadar membawa kek dari dapur ke ruang tamu sambil menyanyikan lagu tradisi hari lahir ๐ dan dapat lihat muka terkejutnya tu bercampur gembira. Saya pun teruja ;).
Doa dan harapan saya agar insan gagah di hadapan saya ini sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan diberkati dunia akhirat. Dia suami terbaik yang Allah takdirkan untuk saya. Sangat-sangat lemah lembut dengan anak-anak, berdiplomasi, mudah simpati dan sangat bertolak ansur. Dan selagi saya bersamanya akan merasakan lengkapnya hidup institusi kekeluargaan itu.
Anak-anak saya memang rapat dengan suami, mana taknya apa sahaja yang anak-anak inginkan (selagi tak melampaui hukum), akan cuba dipenuhinya. Kerana? kerana suami saya sangat-sangat sibuk dengan tugasannya sebagai site engineer, dahla sibuk dan malam baru sampai rumah, weekend pulak bekerja. Stress dengan client semua tok nenek punya lapisan orang, tapi balik rumah syukur tak pernah pukul kami anak-beranak. Itu saya sangat bersyukur sebab duk baca kat FB ramai pulak sang suami yang duk melepaskan amarah pada isteri dan anak, sampai berdarah dan cedera. Mana iman anda sang suami sampai sanggup perlakukan insan yang anda sayangi sebegitu sekali??
Dan setiap hari saya sentiasa mendoakan agar suami dan kami semua dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik untuk membimbing dan memimpin saya dan anak-anak ke arah kebaikan yang hakiki. Siapa tak sayang suami oiii!!! hahahahha….
Nak tau apa hadiah dari saya buat suami? Suami kata tak payahla beli hadiah untuk abang, kita berjimat ok? Saya dalam hati horrayyy!! Jimat duit saya, tapi kalau besday saya, harusla minta sesuatu jugak walau saya kata tak payahla susah-susah bang hahahahha. Tak ikhlas sungguh kan. Takpelah hadiah untuk suami bulan 2 nanti, kita tunggu kelahiran baby ke 5 kita ya hihihihi.
Kek yang saya beli ni Nutella cake dari kedai jiran di area rumah di Subang Bestari. Yang tu harga dia RM42, hihi promote sikit bisnes jiran, moga-moga terus maju dalam perniagaan ya. Ada banyak juga pilihan kek yang ada, kot-kot korang yang tinggal berdekatan nak cari kek kan, tetiba teringin nak makan kek ke, bolehla pergi ke kedai Ummu Bake Shop ni.
Untuk suami, selamat hari lahir ke 38, walau berapa pun umur abang kasih sayangku padamu tak pernah pudar. Ingat janji kita, sehidup semati sehingga ke Jannah okey!!! Muuahhhh
happy birthday utk husband aju…meriah tgk mcm2 dessert tu